Pelancaran Tabung Sumbangan dan Infaq Ihya' Ramadhan Masjid An-nur TDR 2024M / 1445H - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Pelancaran Tabung Sumbangan dan Infaq Ihya' Ramadhan Masjid An-nur TDR 2024M / 1445H

Pelancaran Tabung Sumbangan dan Infaq Ihya' Ramadhan Masjid An-nur TDR 2024M / 1445H

Assalamualaikum W.B.T

Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi. Pihak pengurusan masjid menyusun beberapa program bagi mengimarahkan lagi bulan penuh barakah ini.


Perancangan Program Ihya' Ramadhan Masjid An-nur.

  1. Program membudayakan Al-quran
  2. Solat tarawikh
  3. Kuliah-kuliah sempena Ramadhan
  4. Program sumbangan kepada asnaf
  5. Iftar perdana
  6. Sambutan Malam Nuzul quran
  7. Program tadarus dan Khatam Al-quran
  8. Hari Raya Aidilfitri

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan masjid An-nur membuka ruang dan peluang kepada semua yang ingin meyumbang dana bagi membantu kami menjalankan program-program yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Sumbangan dan infaq boleh disalurkan melalui akaun CIMB BANK seperti nombor akaun dibawah ataupun sumbangan secara terus didalam tabung Ihya' Ramadhan yang telah disediakan di Masjid. 

Nama akaun : Surau An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

No akaun : 8603288674

Nama bank : CIMB

Sumbangan Infaq dari Jemaah adalah dialu-alukan.

Fadhilat bersedakah

Sedekah / infaq jariah itu ibarat air yang mengalir, air yang menyuburkan tanaman, memberi manafaat kepada makhluk. Begitulah perumpamaan setiap infaq yang kita hulurkan, ia memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.


Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." -Surah al-Baqarah, ayat 271-

Teruskan bersedekah kerana amalan ini adalah amalan yang berterusan pahalanya ibarat air sungai yang mengalir tanpa henti walaupun orang itu sudah meninggal dunia.

Terima Kasih

-Sekian-

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©