Santai Petang Bersama Anak Muda Taman Dato' Abdul Rashid - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Santai Petang Bersama Anak Muda Taman Dato' Abdul Rashid

Santai Petang Bersama Anak Muda Taman Dato' Abdul Rashid

 29 Feb 2024

Alhamdulillah program bicara dan motivasi bersama-sama anak muda telah diadakan di Masjid An-nur TDR. Progr ini adalah hasil usahasama antara Jamaah tabligh dan juga AJK masjid. Serami lebih kurang 30 orang anak-anak muda dari kariah Taman Dato' Abdul Rashid telah hadir keprogram ini.

Program bermula pada pukul 4 petang sehingga selepas Isyak. Program ini juga diselitkan dengan bacaan yaasin secara berjamaah. Antara pengisian ialah perkongsian hadis, slot dakwah dan macam-macam lagi.

Tentatif dan pengisian program:-

4.00 pm - 4.40 pm - Pendaftaran & slot bicara amalan memakmurkan masjid

4.40 pm - 5.00 pm - Solat Asar

5.00 pm - 5.15 pm - Kepentingan usaha agama

5.15 pm - 6.00 pm - Tazkirah kepentingan (iman dan amal) 

6.00 pm - 6.45 pm - Motivasi pelajar 

6.45 pm - 7.00 pm - Slot bersama Imam 1 Masjid An-nur TDR

7.00 pm - 7.20 pm - Minum petang

7.20 pm - 9.00 pm - Solat maghrib, bacaan Yasin dan solat Isyak berjamaah. 

9.20 pm - Tamat



Pihak masjid mengucapkan tahniah kepada para peserta yang sudi mengikuti program ini. Dan ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada jamaah tabligh dan juga AJK yang bersama-sama menjayakan program ini.

Insyllah program ini mendapat manfaat.

-Sekian-

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©