Seuntai Kata dari Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Seuntai Kata dari Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Seuntai Kata dari Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdullilah syukur kepada Allah swt kerana diberi penghormatan merakamkan sepatah dua kata dalam Laman web rasmi Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ini. Dengan berkat selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang meneruskan perjuangannya, telah memberi dorongan/peransang kepada kami meneruskan usaha yang tidak sepertinya ini. 

Masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam memainkan peranan yang luas dalam perkembangan dan kemajuan ummah. Adalah menjadi harapan semua semoga usaha mengimarah dan memakmurkan masjid menjadi tanggungjawab bersama demi menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat. Disamping itu AJK akan terus berusaha mempelbagaikan lagi program dan kegiatan masjid ke arah melahirkan insan Mukmin sejati yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. 

Semoga usaha kami mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt serta mendapat keredhaanNya.

Wabillahi-taufiq Walhidayah,,

En. Yusmahaizad

PENGERUSI

Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh,

Kuantan Pahang

Terima Kasih


No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©