KULIAH MAGHRIB KHAS - Sambutan Israk Mikraj Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: KULIAH MAGHRIB KHAS - Sambutan Israk Mikraj Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

KULIAH MAGHRIB KHAS - Sambutan Israk Mikraj Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

 8 Feb 2024

Alhamdulillah sebuah lagi program kuliah telah berjaya dijalankan di masjid kami. Kuliah maghrib kali ini dikhaskan bersempena dengan sambutan Israk Mikraj peringkat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.

Persiapan program kuliah kali ini bermula seawal pukul 3 petang dimana AJK masjid bersama KRT dan JIRANITA taman ini bersama-sama gotong royong menyediakan jamuan untuk jamaah yang hadir ke program kuliah ini nanti. 


Seperti biasa, jika ada aktiviti rewang, aktiviti memasak diketuai oleh En. Hamidon. 


Kuliah Maghrib Khas Israk Mikraj kali ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Ustaz Shaharuddin. Untuk rekod, sudah 2 kali Ustaz Shaharuddin berkesempatan memberikan kuliah di masjid kami. Sebelum ini, beliau menyampaikan kuliah di masjid kami bersempena dengan majlis Maulidurrasul pada tahun 2022.

Terima kasih pada semua AJK dan juga jamaah yang hadir bersama-sama memberi sokongan dengan program-program yang telah pihak masjid anjurkan. 

-Sekian-

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©