Permohonan Untuk Mewartakan Tanah Milik Kerajaan Negeri Pahang Sebagai Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Permohonan Untuk Mewartakan Tanah Milik Kerajaan Negeri Pahang Sebagai Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Permohonan Untuk Mewartakan Tanah Milik Kerajaan Negeri Pahang Sebagai Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 17 Disember 2020, pihak pengurusan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh telah memulakan usaha yang agresif  bagi mengusahakan pembinaan Masjid yang baru. Pada mulanya pihak Pentadbiran Masjid AnNur telah Menghantar surat permohonan kepada pihak Pemangku Sultan Pahang, Setiausaha MUIP, Pejabat Menteri Besar, dan Pejabat Exco Hal Ehwal Agama Islam.



Tidak berhenti dengan hanya menghantar surat, Pihak Pengurusan Masjid An-Nur bersama-sama Pengerusi KRT telah membuat pertemuan dengan Exco Agama yang juga merupakan Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Ustaz Dato Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad.

Alhamdulillah beliau seorang Pemimpin yang amat bertanggungjawab, prihatin dan mendengar dengan tekun ketika pihak pengurusan Masjid An-Nur menerangkan berkenaan permohonan tapak bagi pembinaan masjid baru. Memandangkan masjid sekarang sebenarnya adalah sebuah surau kebenaran jumaat yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk sejak 17 tahun yang lalu dan telah uzur serta tak lagi mampu menampung kehadiran jemaah yang telah bertambah dengan drastik disebabkan dikelilingi perumahan yang baru.


Pada 23 Disember 2020, sekali lagi pihak masjid mendapat khabar yang gembira dimana, YB Ustaz Dato Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad telah bersetuju untuk membuat lawatan ke Taman Dato' Abdul Rashid Salleh untuk melihat sendiri tapak masjid yang telah dimohon oleh pihak Pentadbiran Masjid An-Nur.

Komitmen beliau amatlah luar biasa kerana beliau telah membuat lawatan tersebut dengan membawa bersama pengarah dan pegawai-pegawai jabatan yang berkaitan bagi tujuan memudahkan proses mendapatkan tapak pembinaan masjid yang baru.


Alhamdulillah. Sewaktu lawatan tapak berkenaan pihak berkuasa yang berkaitan atas permintaan YB Exco agama telah berjanji akan memastikan urusan permohonan tapak masjid berkenaan akan diselesai dalam jangka waktu yang singkat.

Akhirnya pihak pentadbiran Masjid An-Nur telah dimaklum berita yang amat menggembirakan bagi seluruh umat islam di Taman Dato' Abdul Rashid Salleh bahawa tapak masjid yang dimohon telah mendapat perkenan yang Mulia Pemangku Sultan Pahang dan telah diluluskan.

Bermulalah suatu usaha yang seterusnya iaitu mengumpul dana dan memulakan pembinaan yang dijangka mengambil masa selama 14 hingga 18bulan bagi Menyiapkan Masjid tersebut yang dapat menampung sehingga 1000 jemaah.

Sekian

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©