Assalamualaikum W.B.T
Pada 5 Februari 2023, alhamdulillah kami telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung bagi tahun 2023. Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti dan juga laporan kewangan sepanjang tahun 2020 hingga 2022. Seramai lebih kurang 40 orang jamaah dan penduduk Taman Dato' Rashid telah hadir dalam mesyuarat ini.
Selain pembentangan laporan, pembubaran AJK lama dan juga pelantikan AJK masjid yang baru juga diadakan.
Bermula seawal jam 8.00 pagi lagi, AJK masjid telah hadir bagi membuat persiapan terakhir sebelum mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi.
Aturcara Mesyuarat Agung ini adalah seperti berikut:-
9.00 pagi - Ketibaan para jamaah dan penduduk
9.30 pagi - Ucapan aluan pengerusi masjid
9.45 pagi – Ucapan wakil Tok Pat bagi merasmikan Mesyuarat Agung Masjid An-nur
10.00 pagi - Pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan
11.00 pagi - Pengesahan laporan
11.15 pagi - Pembubaran AJK dan perlantikan AJK baru bagi sesi 2023-2026
11.45 pagi - Isi-isu berbangkit
12.00 t/hari - Makan dan bersurai
![]() |
Barisan AJK lantikan yang baru |
![]() |
Tuan Pengerusi membentangkan laporan aktiviti masjid |
![]() |
Para jamaah khusyuk mengambil bahagian di dalam mesyuarat |
No comments:
Post a Comment