March 2021 - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: March 2021
Permohonan Untuk Mewartakan Tanah Milik Kerajaan Negeri Pahang Sebagai Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Permohonan Untuk Mewartakan Tanah Milik Kerajaan Negeri Pahang Sebagai Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 17 Disember 2020, pihak pengurusan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh telah memulakan usaha yang agresif  bagi mengusahakan pembinaan Masjid yang baru. Pada mulanya pihak Pentadbiran Masjid AnNur telah Menghantar surat permohonan kepada pihak Pemangku Sultan Pahang, Setiausaha MUIP, Pejabat Menteri Besar, dan Pejabat Exco Hal Ehwal Agama Islam.



Tidak berhenti dengan hanya menghantar surat, Pihak Pengurusan Masjid An-Nur bersama-sama Pengerusi KRT telah membuat pertemuan dengan Exco Agama yang juga merupakan Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Ustaz Dato Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad.

Alhamdulillah beliau seorang Pemimpin yang amat bertanggungjawab, prihatin dan mendengar dengan tekun ketika pihak pengurusan Masjid An-Nur menerangkan berkenaan permohonan tapak bagi pembinaan masjid baru. Memandangkan masjid sekarang sebenarnya adalah sebuah surau kebenaran jumaat yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk sejak 17 tahun yang lalu dan telah uzur serta tak lagi mampu menampung kehadiran jemaah yang telah bertambah dengan drastik disebabkan dikelilingi perumahan yang baru.


Pada 23 Disember 2020, sekali lagi pihak masjid mendapat khabar yang gembira dimana, YB Ustaz Dato Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad telah bersetuju untuk membuat lawatan ke Taman Dato' Abdul Rashid Salleh untuk melihat sendiri tapak masjid yang telah dimohon oleh pihak Pentadbiran Masjid An-Nur.

Komitmen beliau amatlah luar biasa kerana beliau telah membuat lawatan tersebut dengan membawa bersama pengarah dan pegawai-pegawai jabatan yang berkaitan bagi tujuan memudahkan proses mendapatkan tapak pembinaan masjid yang baru.


Alhamdulillah. Sewaktu lawatan tapak berkenaan pihak berkuasa yang berkaitan atas permintaan YB Exco agama telah berjanji akan memastikan urusan permohonan tapak masjid berkenaan akan diselesai dalam jangka waktu yang singkat.

Akhirnya pihak pentadbiran Masjid An-Nur telah dimaklum berita yang amat menggembirakan bagi seluruh umat islam di Taman Dato' Abdul Rashid Salleh bahawa tapak masjid yang dimohon telah mendapat perkenan yang Mulia Pemangku Sultan Pahang dan telah diluluskan.

Bermulalah suatu usaha yang seterusnya iaitu mengumpul dana dan memulakan pembinaan yang dijangka mengambil masa selama 14 hingga 18bulan bagi Menyiapkan Masjid tersebut yang dapat menampung sehingga 1000 jemaah.

Sekian

Terima Kasih
Mesyuarat Penetapan Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan di Pejabat Tanah

Mesyuarat Penetapan Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan di Pejabat Tanah

 Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 15 Mac 2021, pihak pengurusan masjid telah selesai bermasyuarat tentang Penetapan Tapak Masjid Baru Bersama Pejabat Daerah dan Tanah, Kuantan.


Masyuarat ini merupakan tindakan susulan yang telah diambil selepas majlis lawatan tapak projek oleh YB Dato' Sri Ustaz Syed Ibrahim pada 9 Mac 2021 yang lalu. Alhamdulillah kehadiran YB Dato' Sri dan juga tetamu-tetamu yang lain menjadi sebagai pemudah cara bagi kami untuk mendirikan masjid baru di Taman Ini.

Surat jemputan masyuarat

Terima kasih Dato', YB, dan semua yang terlibat di dalam masyuarat ini.

Semoga Allah permudahkan urusan kita hendak membina masjid baru di Taman Dato Rashid. Insyallah Aamiin.

Sekian

Terima Kasih

Majlis Lawatan Tapak Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato’ Abd Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Majlis Lawatan Tapak Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato’ Abd Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 9 Mac 2021 yang lalu, majlis lawatan tapak pembangunan masjid baru telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk memberi sedikit penerangan kepada semua yang hadir tentang aspirasi dan juga pelan pembangunan masjid baru yang bakal dibangunkan. 

Pihak masjid berasa amat berbesar hati kerana jemputan-jemputan kehormat sudi hadir terutamanya kepada YB Dato’ Sri Exco Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad sudi hadir dan menjadi pemudah cara bagi kami untuk meneruskan langkah membangunkan masjid baru ini.


Jadual lawatan tapak Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato’ Abd Rashid Salleh.

Tarikh : 9 March 2021

Masa : 9.30 pagi

Tempat berkumpul : Perkarangan Masjid An-Nur

Kehadiran :

1) YB Dato’ Sri Exco Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad

-Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Pahang

2) YH Dato’ Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang

3) Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengurusan Tanah

4) Penolong Pegawai Daerah PLB

5) Penghulu Mukim

6) Tok 4

7) Penolong Pegawai Tanah

Pelan masjid yang bakal dibina

Tuan pengerusi (Sdra Aizat) mendengar taklimat tentang pelan masjid daripada kontraktor yang dilantik

Tuan pengerusi memberi penerangan kepada hadirin yang hadir

Taklimat tentang tapak masjid yang bakal dibina dari pejabat tanah Kuantan.

Tuan Qadhi juga hadir

Terima kasih sekali lagi buat Exco Kerajaan Negeri, Pengarah Pejabat Agama, Pegawai Daerah (DO), Penghulu, Tok Pat, dan semua yang hadir memberi sokongan.

Semoga urusan pembinaan masjid baru ini dipermudahkan dan terlaksana dengan jaya dan sempurna.

Insyallah. Aamiin

Sekian

Terima Kasih

Sedarlah, Hidup Kita Terlalu Singkat

Sedarlah, Hidup Kita Terlalu Singkat

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Hidup kita terlalu singkat.

"Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." (QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 114)

Cepat-cepat tamak dalam melakukan kebaikan.

Kita tak tahu amal mana yang akan diredhai oleh Allah.

Perbaiki solat, betulkan niat hanya semata-mata kerana Allah, jangan bermusuh dengan manusia terutama adik-beradik. Cukup-cukuplah syaitan menjadi musuh kita seumur hidup.

Lawan ego dalam diri, mengalah walaupun kita dipihak yang benar. 

Tambahkan amal sunat, perlu ada peningkatan dalam amalan. Jangan tinggalkan sedekah, jangan takut miskin, kerana Allah menjanjikan kecukupan, sedang syaitan membisik kepapaan.

Jangan tinggalkan solat Taubat. Jangan bertangguh kerana kita tak tahu ajal akan tiba bila, boleh jadi esok sebelum subuh roh sudah meninggalkan jasad.

Tambah ilmu agama, kerana Ilmu itu akan menjadi penasihat pada diri kita.

Bertaqwa pada Allah, dengan sedaya upaya melakukan apa yang Allah suruh dan sedaya upaya meninggalkan apa yang Allah tak suka. Hanya dengan taqwa, Allah akan memberi taufiq pada kita jalan membeza kebenaran dan jalan kesesatan.

Ingat, Dunia hanya sementara. 

Perjalanan kita masih Jauh.

Sekian,

Terima Kasih

GALERI VIDEO - Pengenalan Pembangunan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

GALERI VIDEO - Pengenalan Pembangunan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

 Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim


Sila klik video dibawah untuk menonton

Sekian,

Terima Kasih

PENGENALAN Projek Pembinaan Masjid An-Nur Taman Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

PENGENALAN Projek Pembinaan Masjid An-Nur Taman Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang


Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Taman Dato' Abdul Rashid Salleh telah mula diduduki pada tahun 2009. Taman ini terletak dilaluan Kuantan-Kemaman Bypass. Ketika ini, taman ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 3000 orang. Dalam populasi ini, hampir 99% adalah masyarakat melayu islam iaitu purata 5 orang penduduk bagi setiap kediaman yang berjumlah 600 buah rumah.

Terdapat sebuah surau di dalam taman ini yang telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk taman pada tahun 2004 dan baru sahaja diberi kebenaran untuk menunaikan solat jumaat bermula April 2018.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, surau ini hanya mampu menampung 55 orang jemaah dibahagian ruang solat utama dan 75 orang jemaah diruang luar surau. Keseluruhan ruang solat hanya mampu memuatkan seramai 125 orang jemaah ketika solat jumaat sepanjang pelaksanaan PKP yang memerlukan penjarakan sosial di dalam saf.

Sedangkan, jemaah yang hadir adalah dianggarkan seramai 400 hingga 500 orang. Ianya melebihi kapasiti ruang solat yang ada. Keadaan ini memaksa mereka untuk pergi ke masjid lain yang berada jarak kira-kira 6KM. Bagi yang tiada kenderaan, hanya mampu pulang ke rumah terutama kanak-kanak bawah 18 tahun ke bawah dan yang masih bersekolah.

Sehubungan dengan itu, kami barisan pengurusan masjid yang mengambil alih pentadbiran bagi penggal 2020-2022 dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada agama, bangsa dan negara telah melakukan pelbagai usaha menambah baik kemudahan di surau ini, namun ianya masih tidak dapat memenuhi keperluan jemaah samaada dari Taman Dato' Abdul Rashid Salleh ataupun umat islam sekitarnya. Hal ini kerana, surau ini terletak berhampiran jalan utama dan juga menjadi persinggahan umat islam yang bermusafir.

Illustrasi model masjid baru yang bakal dibina
Illustrasi model masjid baru yang bakal dibina

Oleh yang demikian, atas dasar rasa tanggunjawab dan kasih sayang kepada agama, bangsa dan negara, kami pengurusan masjid bersama-sama KRT taman ini telah memulakan usaha bagi mendapatkan tapak masjid dan seterusnya dapat dibina sebuah masjid yang berkonsepkan kompleks islam yang bukan hanya jadi tempat untuk mendirikan solat 5 waktu sahaja, tetapi menjadi tempat pembentukan masyarakat muslim yang lebih memahami dan mengamalkan islam sebagai cara hidup yang sejati. Insyallah.



Sekian,

Terima Kasih

Pelancaran Laman Web Rasmi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Pelancaran Laman Web Rasmi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim



Pertamanya, alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnianya dapatlah kami barisan Ahli Jawatan Kuasa Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh Kuantan melancarkan laman web rasmi masjid ini. Insyalah dengan adanya laman web rasmi ini, lebih mudah untuk kami berkongsi kepada semua penduduk Taman Dato' Abdul Rashid Salleh khasnya dan kepada para pembaca laman web ini amnya tentang maklumat-maklumat serta aktiviti-aktiviti masjid terkini.

Insyallah admin akan kongsikan lebih lagi dalam artikel yang akan datang.

Sekian

Terima Kasih

Seuntai Kata dari Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Seuntai Kata dari Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdullilah syukur kepada Allah swt kerana diberi penghormatan merakamkan sepatah dua kata dalam Laman web rasmi Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ini. Dengan berkat selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang meneruskan perjuangannya, telah memberi dorongan/peransang kepada kami meneruskan usaha yang tidak sepertinya ini. 

Masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam memainkan peranan yang luas dalam perkembangan dan kemajuan ummah. Adalah menjadi harapan semua semoga usaha mengimarah dan memakmurkan masjid menjadi tanggungjawab bersama demi menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat. Disamping itu AJK akan terus berusaha mempelbagaikan lagi program dan kegiatan masjid ke arah melahirkan insan Mukmin sejati yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. 

Semoga usaha kami mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt serta mendapat keredhaanNya.

Wabillahi-taufiq Walhidayah,,

En. Yusmahaizad

PENGERUSI

Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh,

Kuantan Pahang

Terima Kasih


Misi dan Visi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salle, Kuantan Pahang

Misi dan Visi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salle, Kuantan Pahang

 


Carta Organisasi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Carta Organisasi Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Hubungi Kami

Hubungi Kami

 


Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©