January 2024 - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: January 2024
KULIAH MAGHRIB PERDANA oleh Ustaz Muhammad Yusry bin Rosli (UMY)

KULIAH MAGHRIB PERDANA oleh Ustaz Muhammad Yusry bin Rosli (UMY)

Assalamualaikum W.B.T

KULIAH MAGHRIB PERDANA

Program KULIAH MAGHRIB PERDANA bakal diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tempat - Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid
Tarikh - 18 FEB 2024 / 8 Syaaban 1445 (Ahad)
Masa - Bermula dari solat Maghrib sehingga selesai.

Penceramah undangan:-

Ustaz Muhammad Yusry bin Rosli (UMY)
  • Panel Ustaz TV Al-hijrah & Radio Zayyan


Sehubungan dengan itu, pihak masjid An-nur membuka ruang pada jamaah sekalian untuk menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini. Anda boleh berjumpa dengan mana-mana AJK masjid An-nur untuk memberi sumbangan tersebut

Sumbangan juga boleh disalurkan secara online ke dalam akaun bank masjid seperti dibawah:-

Nama Bank : CIMB Bank
Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID
Nombor Akaun : 8603288674

Kerjasama dari ahli kariah dan semua penduduk Taman Dato' Abdul Rashid amat kami hargai. Semoga program yang kita rancang akan berjalan dengan jayanya. Insyallah.

-Sekian-
SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Januari 2024

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Januari 2024

SEKILAS AN-NUR

e-majalah masjid yang menghimpunkan berita, info dan juga cerita semasa dari Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh. 


Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan inzinya, kami dapat menerbitkan sebuat e-majalah yang diberi nama SEKILAS AN-NUR. Majalah ini diterbitkabn bertujuan sebagai tempat untuk kami merekod segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan. Insyallah e-majalah ini akan diterbitkan setiap bulan ataupun dua bulan sekali. Bergantung kepada bahan-bahan yang kami ada.


Terima kasih kepada semua AJK yang bersama-sama berusaha megumpul maklumat setiap program yang dijalan kan di masjid. Insyallah segala usaha yang anda beri akan dapat manfaat bersama. 

Bagi anda yang ingin membaca e-majalah ini versi penuh, anda boleh klik link dibawah:

Klik disini - SEKILAS AN-NUR | e-majalah Masjid edisi Januari 2024

Semoga terbitan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Insyallah. 

-Sekian-

Laporan Kewangan Tahun 2023 - Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Laporan Kewangan Tahun 2023 - Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Assalamualaikum W.B.T

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan laporan kewangan Masjid An-nur dalam bentuk grafik untuk info pembaca semua. Semoga ianya bermanfaat. Insyallah.


Gambar di atas menunjukkan jumlah masuk bagi tahun 2023. Kita bermula dengan baki wang pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM13,710.66. Jumlah wang masuk bagi tahun 2023 ialah RM117,091.60. Sumber-sumber kewangan antaranya termasuklah tabung kutipan masjid, tabung kedai, sewaan kanopi dan juga lain-lain sumbangan. Jumlah keseluruhan yang terkumpul ialah RM130,802.26. Jumlah duit inilah yang kami guna bagi urusan pengurusan, aktiviti-aktiviti pengimarahan dan juga lain-lain hal.


Gambar di atas menunjukkan perbelanjaan bagi tahun 2023. Perbelanjaan-perbelanjaan adalah bagi tujuan pengurusan, aktiviti-aktiviti pengimarah masjid, penyelenggaraan, bantuan kebajikan dan lain-lain. Anda boleh merujuk gambar di atas bagi data yang lebih terperinci. 


Graf di atas menunjukkan data wang masuk VS wang keluar mengikut bulan sepanjang tahun 2023. Graf berwarna biru adalah duit masuk. Manakala graf berwarna merah ialah duit keluar. Sepanjang tahun 2023, terdapat bulan yang duit keluar melebihi duit masuk. Kekurangan duit ini ditampung dengan pengeluaran simpanan duit di dalam bank. 


Gambarajah di atas menunjukkan rumusan kewangan bagi tahun 2023. Duit simpanan di dalam Bank Islam sebanyak RM11,821.38. Manakala duit di dalam Bank CIMB sebanyak RM1,206.14. Cash di tangan sebagai kegunaan ketika emergency sebanyak RM3,085.99. Jadi, jumlah wang lebihan bagi tahun 2023 ialah sebanyak RM16,113.51 dan akan dibawa ke tahun 2024.

Penuhkan Saham Akhirat Anda dengan Infaq ke Tabung Pengurusan Masjid An-nur TDR, Kuantan

Masjid An-nur mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang TABUNG PENGURUSAN masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.


UNTUK MAKLUMAN, URUSAN PENTADBIRAN MASJID TERMASUKLAH:

1. Pembayaran elaun pegawai masjid

2. Pembangunan masjid

3. Program-program yang dianjurkan oleh masjid

4. Bayaran penceramah untuk tazkirah mingguan

5. Bayaran bil elektrik dan air

6. Penyelenggaraan

7. Dan sebagainya

Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.

Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:

Nama Bank : CIMB Bank

Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID

Nombor Akaun : 8603288674

Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya. 

Terima Kasih.

-Sekian-

Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2024

Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2024

 27 Jan 2024,

Alhamdulillah satu Mesyuarat antara AJK masjid An-nur TDR telah berjaya dijalankan. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama yang dijalankan antara AJK bagi tahun 2024. 

Antara agenda utama ialah:-

  1. Perbincangan takwim 2024
  2. Perbincangan program Ihya' Ramadhan 2024
  3. Pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2023
  4. Pembentangan laporan kewangan badan akhirat kematian.
  5. Lain-lain hal.





Mesyuarat kali ini agak panjang bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Alhamdulillah banyak perkara yang telah kita capai kesepakatan hasil perbincangan bersama.

Insyallah apa yang telah dirancang dapat kita laksanakan. Amiinn.

-Sekian-

Kelas Mengaji Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

Kelas Mengaji Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

KELAS MENGAJI MUSLIMAT

Untuk makluman semua, Masjid An-nur TDR ada membuka kelah menga khas untuk muslimah. Kelas mengaji muslimah ini diadakan setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.

Tenaga pengajar bagi kelas mengaji ini ialah Ustaz Fairus, Imam 1 Masjid An-nur TDR.



Bagi jamaah atau penduduk yang berminat untuk meyertai kelas ini, boleh berhubung dengan wakil AJK muslimat TDR seperti talian dibawah:-

Kak Suhaila - 019-6633817 

-Sekian-

Jangan Biarkan Anak Lelaki Jadi Lembik | Asuh Mereka Jadi Hebat

Jangan Biarkan Anak Lelaki Jadi Lembik | Asuh Mereka Jadi Hebat

Asslamualaikum W.B.T

Mendidik anak lelaki bukanlah mudah. Ada cabaran tersendiri yang mungkin kita perlu hadapai. Masjid An-nur TDR merupakan masjid mesra kanak-kanak dan kami amat mengalu-alukan anak-anak terutamanya lelaki yang hendak datang solat berjamaah di masjid. 

Dalam artikel kali ini, saya tertarik dengan satu nasihat tentang mendidik anak lelaki. Artikel ini saya dapat dari laman web The Asian Parent yang mengupas tentang mendidik anak lelaki. Mari saya kongsikan. Semoga bermanfaat. Insyallah.

Nak membesarkan anak lelaki bukanlah mudah, tetapi pastinya jadi lebih mudah apabila dididikdari kecil. Antara cabaran menjadi ibu bapa adalah mendidik anak-anak supaya menjadi manusia bergunadan berakhlak mulia apabila meningkat dewasa.

Pada generasi ini, lelaki dan perempuan masih-masing memainkan peranan yang lebih kurangsama dalam segi tanggungjawab, pekerjaan dan peranan dalam masyarakat.

Malangnya, anggapan tipikal dalam sesetengah keluarga adalah lelaki boleh berdikari sendiri jadi anak perempuan dilebihkan dalam mendidik. Contohnya perempuan perlu tahu masak, hormat pada suami, jangan begitu dan begini walhal membesarkan anak lelaki khususnya pada zaman ini sangat penting impaknya kelak.


Anak Lelaki Merupakan Bakal Ketua Keluarga

Anak lelaki bakal merupakan ketua keluarga, jadi kita sebagai ibu bapa jangan abaikan beberapaperkara penting ini.

Memupuk sikap anak lelaki penting bagi menjadikan dia bukan sahaja seorang yang dihormatidalam masyarakat, malah boleh menjaga dan membimbing keluarganya sendiri kelak.

Kalau sedari kecil anak lelaki dibiarkan tanpa tanggungjawab dan rasa empati, bayangkan apa yang akan berlaku jika dia menggalas watak sebagai pembimbing keluarga pula.

Apa yang ingin diperkatakan di sini adalah pentingnya keseimbangan dalam mendidik anak-anak, bukan sahaja peranan perempuan tetapi juga akhlak si anak lelaki.

Walau bagaimanapun, didikan kepada anak sebaik-baiknya dimulakan sejak sebelum remaja lagi.Ini kerana apabila remaja, anak-anak cenderung untuk terpengaruh dengan rakan sebaya jadi bila mereka ada hasil didikan semasa kecil, anak pasti tidak mudah terpedaya.


Ini 5 nasihat untuk anak lelaki yang perlu disemat sebelum meningkat remaja:

#1 Ajar Anak Lelaki Untuk Jadi Respectful

Pada WanitaTerutamanya Pada Ibunya Sendiri. Contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya dan berbuat baik serta lemah lembut pada semua Wanita.

2. Ajar Anak Lelaki Untuk Ada Sense Of Responsibility

Ajar anak lelaki untuk simbah dan cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak

3. Ajar Anak Lelaki Tentang Personal Hygiene & Cleanliness

Ramai anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness. Personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ dan berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing.

#4 Ajar Anak Lelaki Coping Skills

Coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita stress, kena ejek atau dibuli. Kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. 

Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak

#5 Ajar Anak Lelaki Tentang Empathy

Bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita. Amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak,

“Adik, cuba tengok mama tu. Penatkan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong mama lipat baju nak? “

Bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.

Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni.

Semoga bermanfaat.

-Sekian-

Baik Pulih Tandas Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Baik Pulih Tandas Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

20 Jan 2024

KERJA BAIK PULIH TANDAS WANITA

Kerja-kerja baik pulih tandas wanita sedang berjalan. Objektif utama untuk membaiki tandas duduk, menambah saluran air dan memasang bumbung tambahan bagi mengelakkan tempias ketika hujan.







Alhamdulillah kerja-kerja pembaikan berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya nak tunggu siap. Kami harap selepas ini jamaah muslimat akan lebih selesa dengan pembaik pulih tandas ini. Insyallah.

Masjid An-nur mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang TABUNG PENGURUSAN masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.

UNTUK MAKLUMAN, URUSAN PENTADBIRAN MASJID TERMASUKLAH:

1. Pembayaran elaun pegawai masjid

2. Pembangunan masjid

3. Program-program yang dianjurkan oleh masjid

4. Bayaran penceramah untuk tazkirah mingguan

5. Bayaran bil elektrik dan air

6. Penyelenggaraan

7. Dan sebagainya


Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.

Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:

Nama Bank : CIMB Bank

Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID

Nombor Akaun : 8603288674

Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya. 

Terima Kasih.

-Sekian-
Penuhkan Saham Akhirat Anda dengan Infaq ke Tabung Pengurusan Masjid An-nur TDR, Kuantan

Penuhkan Saham Akhirat Anda dengan Infaq ke Tabung Pengurusan Masjid An-nur TDR, Kuantan

Assalamualaikum W.B.T

Masjid An-nur mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang TABUNG PENGURUSAN masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.


Untuk makluman, urusan pentadbiran masjid termasuklah:

1. Pembayaran elaun pegawai masjid

2. Pembangunan masjid

3. Program-program yang dianjurkan oleh masjid

4. Bayaran penceramah untuk tazkirah mingguan

5. Bayaran bil elektrik dan air

6. Penyelenggaraan

7. Dan sebagainya

Baca juga - JOM INFAQ UNTUK PENCEN AKHIRAT - Pembangunan masjid baru Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.

Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:

Nama Bank : CIMB Bank

Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID

Nombor Akaun : 8603288674

Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya. 

Terima Kasih.

-Sekian-

Kuliah Subuh Perdana bersama Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Makki

Kuliah Subuh Perdana bersama Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Makki

 21 Jan 2024, Waktu Subuh

KULIAH SUBUH PERDANA

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengaturkan segalanya. Program kuliah subuh telah berjaya diadakan pada hari ini. Kuliah disampaikan oleh Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Makki.






Semoga segala ilmu dan nasihat yang disampaikan sedikit sebanyak dapat menjadi panduan pada kita semua. Insyallah.

Pihak masjid mengucapkan terima kasih pada jamaah yang hadir ke program ini. 

-Sekian-

Rewang dan Gotong Royong Persiapan Program Kuliah Subuh Perdana

Rewang dan Gotong Royong Persiapan Program Kuliah Subuh Perdana

 20 Jan 2024, Selepas solat Asar,

Aktiviti rewang dan gotong royong persiapan untuk program Kuliah Subuh Perdana.

Seperti biasa jika ada program-program yang pihak masjid anjuran, biasanya bariisan AJK masjid bersama KRT, Jiranita dan jemaah akan bersama-sama bergotong royong, membantu satu sama lain bagi memastikan program berjalan dengan lancar.

Antara persiapan yang dilakukan termasuklah:-

  1. Memasang khemah, menyusun kerusi dan meja
  2. Memebersihkan persekitaran dan bahagian dalam ruang solat
  3. Persiapan juadah secara gotong-royong

Alhamdulillah persiapan program kuliah subuh perdana berjalan lancar. Doakan program ini berjalan dengan baik. Tanpa kerjasam dari semua pihak sudah pasti penganjuran sesebuah program tidak akan berjaya. 




Baca juga - KULIAH SUBUH PERDANA bersama Tuan Guru, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Makki - 21 Jan 2024


Kami jemput semua penduduk sekita Kuantan untuk bersama kami di dalam program Kuliah Subuh Perdana yang akan disampaikan oleh:-

Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin.

-Sekian-

Kuliah Dhuha Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Kuliah Dhuha Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

20 Jan 2024, 9.00 pagi

Kuliah Dhuha Muslimat

Alhamdulillah kuliah dhuha mingguan muslimat Masjid An-nur TDR berjalan seperti biasa pada minggu ini. Untuk kuliah dhuha kali ini ramai yang menyertai. Alhamdulillah.

Antara pengisian kuliah dhuha termasuklah:-

  1. Bacaan rangkaian salawat dan asmaul husna.
  2. Basaan ayat suci al-quran.
  3. Kuliah dhuha oleh ustazah jemputan (Kitab Penawar Bagi Hati, karangan Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indunisi Al-Mandili)
  4. Jamuan ringan.


Kami barisan jawatan kuasa masjid menjemput para ibu-ibu, anak-anak dan jamaah wanita semua yang berkelapangan untuk menyertai kuliah dhuha mingguan bersama kami pada setiap hari sabtu pagi. Insyallah.

-Sekian-

DERMA WAKAF PEMBANGUNAN TANAH PERKUBURAN RAUDHAH BAQIE DAMANSARA, KUANTAN

DERMA WAKAF PEMBANGUNAN TANAH PERKUBURAN RAUDHAH BAQIE DAMANSARA, KUANTAN

DERMA WAKAF PEMBANGUNAN TANAH PERKUBURAN RAUDHAH BAQIE DAMANSARA

“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya." (Hadith Riwayat Muslim)


Pihak Jawatankuasa Pembangunan Raudhah Baqie Damansara Kuantan (RBDK) yang dianggotai oleh wakil penduduk dari:

  • Masjid Assyakirin Bandar Damansara Kuantan
  • Masjid An Nur Taman Dato' Rasyid Salleh
  • Masjid Muamalat As Sharif (PASDEC Damansara)
  • Surau Muqarrabin Sg Karang Darat 2
  • Surau Taman Kristal

dengan ini membuka peluang kepada orang ramai untuk berwakaf bagi tujuan pembangunan tapak perkuburan Fasa 1 seperti berikut:

  1. Membersih dan meratakan tanah Rizab seluas 5 ekar dan membangunkan fasarana asas tapak tanah perkuburan termasuk pagar, bangunan pejabat, stor dan ruang serbaguna (RM80K)
  2. Membina jalan tar ke kubur dari Kawasan Perindustrian Bandar Damansara Kuantan sepanjang 1.7km (RM500K) 



Sumbangan boleh dibuat melalui berikut: 

Nama akaun - Maybank Raudhah Baqie Damansara Kuantan

Nombor Akaun - 556169299092

Sebarang kemasukan wakaf secara online boleh dimaklumkan kepada berikut:

Pengerusi:

Mohamad Zaki Bin Kasim - 019-3536452

Timb Pengerusi:

Mohd Azmi Bin Othman - 013-9229174

Bendahari

Mohd Hatta Bin Saadon - 019-9396721

Sumbangan wakaf pihak Tuan Puan kami dahului dengan ucapan Terima Kasih. Semoga Allah mengganjari usaha kita bersama.

-Sekian-

Pemeriksaan Penyata Kewangan bagi Tahun 2023 Masjid An-nur TDR oleh Juru Audit Dalaman

Pemeriksaan Penyata Kewangan bagi Tahun 2023 Masjid An-nur TDR oleh Juru Audit Dalaman

14 Jan 2024, 9.00 Malam

Menjadi satu tanggungjawab Bendahari dalam menyediakan satu laporan lengkap kewangan bagi sebuah organisasi. Penyata kewangan perlu disediakan dan disemak sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan penyata tahunan perlu disediakan bagi menyelia aktiviti-aktivi kewangan tahunan. 

Masjid An-nur tidak terkecuali dalam menyediakan penyata ini. Penyata ini harus disediakan dan dimajukan kepada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) untuk tujuan rekod simpanan. Ianya juga hendaklah di bentangkan di dalam mesyuarat bersama kariah. 

Pengalaman saya menjadi Bendahari Masjid An-nur selama 4 tahun memberi saya sisi pandangan yang berbeza di dalam pengurusan kewangan. Saya yang tidak mempunyai latar belakang akauntan atau perniagaan, sudah pasti banyak kelemahan yang saya ada. Namun, atas sokongan AJK dan juga rakan-rakan di dalam pengurusan masjid, aktiviti kewangan masjid dapat saya uruskan walaupun masih lagi banyak ruang yang perlu saya perbaiki.



Hakikatnya, saya memperuntukkan beberapa minggu untuk menyemak kembali rekod kewangan dan menyediakan penyata kewangan tahunan. Alhamdulillah pada 14 Januari 2024 yang lalu, selesai audit laporan kewangan oleh juru audit dalaman kami Encik Adnan bin Mohamed. Semoga dengan adanya audit sebegini, akan ada check and balance dalam sesebuah pengurusan masjid. Moga Allah ampunkan dosa dan kesalahan saya jika ada tersalah kira ataupun terlepas pandang mana-mana kiraan duit keluar dan masuk. Amiin.

Jumpa pula sesi audit bagi tahun 2024 nanti. Insyallah.

Coretan dari,

Muhammad Faizal bin Mohd Musa @ Musa

Bendahari ,

Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh

Takbir...!!!

-Sekian-


Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©