Temasya Sukan Taman Dato' Abdul Rashid Salleh Kuantan - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Temasya Sukan Taman Dato' Abdul Rashid Salleh Kuantan

Temasya Sukan Taman Dato' Abdul Rashid Salleh Kuantan

13 Oct 2024

Alhamdulillah, KRT Taman Dato' Rashid dengan kerjasama AJK Masjid An Nur, PASTI dan KAFA TDR telah menganjurkan Temasya Sukan khas buat komuniti di taman ini. Program ini juga seiring dengan menyahut seruan HARI SUKAN NEGARA yang sering kali diwar-warkan oleh kerajaan Malaysia.

Dalam temasya sukan kali ini, pelbagai acara sukan dan sukaneka telah diadakan. Acara-acara termasuklah:

  1. Mewarna kanak-kanak
  2. Tiup belon kanak-kanak
  3. Isi air dalam botol
  4. Pertandingan basikal lambat
  5. Pertandingan kain pelikat bagi kaum Ibu
  6. Shooting bola jaring
  7. Sepak bola penalti
  8. Tarik tali
  9. Memanah
Senam robik

Pertandingan mewarna

    Memanah

Persembahan silat dari anak-anak TDR

Dalam program ini juga, kami amat berbesar hati dengan kesudian En Wan Rozaimi.bin Wan Mustaffa Roni, Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Dato Abdul Rashid Salleh, untuk merasmikan program kali ini dan bersama-sama merasai kehangatan temasya sukan pada kali ini.

Ucapan perasmian dari En Wan Rozaimi

Ucapan dari En. Hamidon

Secara keseluruhannya, seramai lebih kurang 250 orang penduduk taman ini telah hadir bersama-sama memeriah temasya kali ini. Program bermula seawal 7 pagi lagi dimana kaunter pendaftaran dibuka. Dan majlis berakhir tepat jam 1.30 petang.

Kaunter pendaftaran

Sebahagian dari AJK



Kami mengucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak atas segala pengorbanan masa, tenaga, duit dan sebagainya dalam menjayakan program kali ini. Tanpa kerjasama dari anda semua, tidak mungkin temasya sukan kali ini dapat direalisasikan.

Mungkin Ada kekurangan dalam program kali ni, itulah lumrah kita sebagai manusia. Kita hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancang hanyalah Allah S.W.T. InsyaAllah sama-sama kita baiki dan dijauhkan dari kritik-mengkritik yang boleh menggururis hati saudara seislam kita. InsyaAllah jika panjang umur dan dimurahkan rezeki, kita jumpa lagi di sambutan tahun hadapan.

Sekian

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang © 2025