Assalamualaikum W.B.T
Bismillahirrahmanirrahim
PENGENALAN Projek Pembinaan Masjid An-Nur Taman Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang
Taman Dato' Abdul Rashid Salleh telah mula diduduki pada tahun 2009. Taman ini terletak dilaluan Kuantan-Kemaman Bypass. Ketika ini, taman ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 3000 orang. Dalam populasi ini, hampir 99% adalah masyarakat melayu islam iaitu purata 5 orang penduduk bagi setiap kediaman yang berjumlah 600 buah rumah.
Terdapat sebuah surau di dalam taman ini yang telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk taman pada tahun 2004 dan baru sahaja diberi kebenaran untuk menunaikan solat jumaat bermula April 2018.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, surau ini hanya mampu menampung 55 orang jemaah dibahagian ruang solat utama dan 75 orang jemaah diruang luar surau. Keseluruhan ruang solat hanya mampu memuatkan seramai 125 orang jemaah ketika solat jumaat sepanjang pelaksanaan PKP yang memerlukan penjarakan sosial di dalam saf.
Sedangkan, jemaah yang hadir adalah dianggarkan seramai 400 hingga 500 orang. Ianya melebihi kapasiti ruang solat yang ada. Keadaan ini memaksa mereka untuk pergi ke masjid lain yang berada jarak kira-kira 6KM. Bagi yang tiada kenderaan, hanya mampu pulang ke rumah terutama kanak-kanak serta remaja 18 tahun ke bawah dan yang masih bersekolah.
Sehubungan dengan itu, kami barisan pengurusan masjid yang mengambil alih pentadbiran bagi penggal 2020-2022 dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada agama, bangsa dan negara telah melakukan pelbagai usaha menambah baik kemudahan di surau ini, namun ianya masih tidak dapat memenuhi keperluan jemaah samaada dari Taman Dato' Abdul Rashid Salleh ataupun umat islam sekitarnya. Hal ini kerana, surau ini terletak berhampiran jalan utama dan juga menjadi persinggahan umat islam yang bermusafir.
![]() |
Illustrasi model masjid baru yang bakal dibina |
![]() |
Illustrasi model masjid baru yang bakal dibina |
Oleh yang demikian, atas dasar rasa tanggunjawab dan kasih sayang kepada agama, bangsa dan negara, kami pengurusan masjid bersama-sama KRT taman ini telah memulakan usaha bagi mendapatkan tapak masjid dan seterusnya dapat dibina sebuah masjid yang berkonsepkan kompleks islam yang bukan hanya jadi tempat untuk mendirikan solat 5 waktu sahaja, tetapi menjadi tempat pembentukan masyarakat muslim yang lebih memahami dan mengamalkan islam sebagai cara hidup yang sejati. Insyallah.
Permohonan Untuk Mewartakan Tanah Milik Kerajaan Negeri Pahang Sebagai Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang
Pada 17 Disember 2020, pihak pengurusan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh telah memulakan usaha yang agresif bagi mengusahakan pembinaan Masjid yang baru. Pada mulanya pihak Pentadbiran Masjid AnNur telah Menghantar surat permohonan kepada pihak Pemangku Sultan Pahang, Setiausaha MUIP, Pejabat Menteri Besar, dan Pejabat Exco Hal Ehwal Agama Islam.
Majlis Lawatan Tapak Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato’ Abd Rashid Salleh, Kuantan Pahang
Pada 9 Mac 2021 yang lalu, majlis lawatan tapak pembangunan masjid baru telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk memberi sedikit penerangan kepada semua yang hadir tentang aspirasi dan juga pelan pembangunan masjid baru yang bakal dibangunkan.
Pihak masjid berasa amat berbesar hati kerana jemputan-jemputan kehormat sudi hadir terutamanya kepada YB Dato’ Sri Exco Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad sudi hadir dan menjadi pemudah cara bagi kami untuk meneruskan langkah membangunkan masjid baru ini.
Tarikh : 9 March 2021
Masa : 9.30 pagi
Tempat berkumpul : Perkarangan Masjid An-Nur
Kehadiran :
1) YB Dato’ Sri Exco Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad
-Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Pahang
2) YH Dato’ Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang
3) Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengurusan Tanah
4) Penolong Pegawai Daerah PLB
5) Penghulu Mukim
6) Tok 4
7) Penolong Pegawai Tanah
![]() |
Pelan masjid yang bakal dibina |
![]() |
Tuan pengerusi (Sdra Aizat) mendengar taklimat tentang pelan masjid daripada kontraktor yang dilantik |
![]() |
Tuan pengerusi memberi penerangan kepada hadirin yang hadir |
![]() |
Taklimat tentang tapak masjid yang bakal dibina dari pejabat tanah Kuantan. |
![]() |
Tuan Qadhi juga hadir |
Terima kasih sekali lagi buat Exco Kerajaan Negeri, Pengarah Pejabat Agama, Pegawai Daerah (DO), Penghulu, Tok Pat, dan semua yang hadir memberi sokongan.
Semoga urusan pembinaan masjid baru ini dipermudahkan dan terlaksana dengan jaya dan sempurna.
Insyallah. Aamiin
Mesyuarat Penetapan Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan di Pejabat Tanah
Pada 15 Mac 2021, pihak pengurusan masjid telah selesai bermasyuarat tentang Penetapan Tapak Masjid Baru Bersama Pejabat Daerah dan Tanah, Kuantan.
![]() |
Surat jemputan masyuarat |
Terima kasih Dato', YB, dan semua yang terlibat di dalam masyuarat ini.
Semoga Allah permudahkan urusan kita hendak membina masjid baru di Taman Dato Rashid. Insyallah Aamiin.
PROJEK WAKAF Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan
Sukacita kami Pihak Pengurusan Masjid An-Nur TDRAS dengan rendah hati dan semangat ukhwah Islamiah sesama Muslim MEMBUKA PELUANG buat anda semua untuk menyalurkan SUMBANGAN / WAKAF bagi pembinaan masjid baru di taman ini.
Pengenalan Tentang Tapak Tanah Bernombor [GRN 24720] (3741) Bagi Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Yang Baru
Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi pada pembaca semua tentang tanah yang telah diwakafkan untuk pembinaan masjid baru. Alhamdulillah, setelah melalui beberapa proses permohonan, masyuarat bersama pihak berwajib dan lawatan tapak, tanah yang bernombor [GRN 24720] (3741) telah dipersetujui untuk dijadikan tanah wakaf pembinaan masjid An-Nur yang baru.
![]() |
Pelan Tapak Tanah [GRN 24720] (33741) |
Tanah ini merupakan padang yang hakmiliknya dimiliki oleh Syarikat Dato' Abdul Rashid Salleh SDN BHD. Namun begitu, pihak syarikat telah berbaik hati dan menyokong penuh aspirasi penduduk taman yang hendak membina masjid baru dengan menyetujui pewakafan tanah hak milik syarikat kepada Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh.
![]() |
Tapak Padang Taman Dato' Abdul Rashid |
Melihat dengan lebih dekat lagi, tapak tanah padang ini adalah berdekatan dengan lorong 4, lorong 5, lorong 3 dan Jalan Utama serta bangunan KAFA yang masih beroperasi di atas tanah tersebut. Bagi memastikan pembinaan masjid baru ini mendapat persetujuan penduduk sekitar kawasan tapak pembinaan, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan satu arahan pada pihak masjid untuk mendapatkan persetujuan penduduk kawasan sekitar secara rasmi.
![]() |
Lokasi padang berdekatan dengan lorong 3 |
![]() |
Terdapatnya gerai-gerai jualan dipadang |
![]() |
Lorong 5 juga terletak berdekatan dengan padang |
![]() |
Bangunan KAFA yang masih lagi beroperasi terbina di atas tapak padang |
![]() |
Overall view Padang Taman Dato' Abdul Rashid Salleh |
Oleh kerana lorong 3 dan juga jalan utama tiada rumah, pihak masjid hanya mengambil persetujuan secara bertulis bagi penduduk dilorong 4 dan 5 sahaja.
Alhamdulillah, penduduk di lorong 4 dan 5 Taman Dato' Abdul Rashid Salleh sangat menyokong dan mendokong usaha-usaha untuk mendirikan masjid baru dengan menandatangani borang penyetujuan tersebut.
![]() |
Senarai penduduk dari lorong 5 yang menyetujui pembinaan masjid di atas tanah padang |
Kami dari pihak pengurusan masjid begitu terharu dengan kerjasama yang telah diberikan semua. Semoga usaha ini dapat dipermudahkan oleh Allah. Insyallah.
![]() |
En. Bakar antara AJK yang telah berusaha mengambil tanda tangan penduduk di lorong 4 dan 5 |
Tidak lupa, ribuan terima kasih buat AJK Masjid An-Nur yang sudi berpanas dan berhujan pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk melaksanakan proses ini.
Sekian
Terima kasih
No comments:
Post a Comment