Program Kuliah Maghrib Perdana bersama Ustaz Muhammad Yusry bin Rosli - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Program Kuliah Maghrib Perdana bersama Ustaz Muhammad Yusry bin Rosli

Program Kuliah Maghrib Perdana bersama Ustaz Muhammad Yusry bin Rosli

18 Feb 2024

Alhamdulillah sebuah program Kuliah Maghrib Perdana telah berjaya dilaksana di Masjid An-nur pada malam ini dengan jayanya. Kuliah telah disampaikan oleh Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Makki. Beliau merupakan antara panel ustaz di TV Al-hijrah dan juga radio Zayyan dengan tajuk BILA TIBA WAKTUNYA.


Antara inti pati kuliah ialah:-

  1. Setiap manusia yang ada di dunia mempunyai waktu yang sama iaitu 24 jam. Yang membezakan antara seseorang ialah bagaimana kita memanfaatkan masa kita.
  2. Masa itu terus berjalan tidak akan menuggu kita. Semakin hari kita semakin tua, bukan tetap muda. 
  3. Setiap detik masa, kematian semakin menghampiri kita.
  4. Ibrah surah AL-asr - setiap manusia ini sesungguhnya dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
  5. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:-
    • Muda sebelum tua
    • Sihat sebelum sakit
    • Kaya sebelum miskin
    • Lapang sebelum sibuk
    • Hidup sebelum mati



Rewang dan Gotong Royong Persiapan Program Kuliah Maghrib Perdana

Seperti kebiasaannya, jika ad program besar anjuran masjid, kami bersama AJK dan juga KRT taman akan bersama-sama bergotong royong menyediakan jamuan. Antara persiapan yang dilakukan termasuklah:-

  1. Membersihkan persekitaran dan bahagian dalam ruang solat.
  2. Persiapan juadah secara gotong-royong




Alhamdulillah persiapan program kali ini berjalan lancar. Tanpa kerjasam dari semua pihak sudah pasti penganjuran sesebuah program tidak akan berjaya.

-Sekian-

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©