Sambutan Malam Nisfu Sya'ban Masjid An-nur 2024M / 1445H - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Sambutan Malam Nisfu Sya'ban Masjid An-nur 2024M / 1445H

Sambutan Malam Nisfu Sya'ban Masjid An-nur 2024M / 1445H

24 Februari 2024

Alhamdulillah malam ini telah selesai majlis bacaan yaasin bersempena dengan malam nisfu sya'ban dengan kehadiran dari jamaah yang begitu menggalakkan.

Semoga dengan bacaan yaasin sebanyak 3 kali secara berjamaah tadi, Allah memberi ganjaran umur yang panjang, dikurniakan rezki yang berkah serta dimatikan kita dalam kalangan husnul khatimah. Insyallah.

Hebahan makluman

Assalamualaikum

SAMBUTAN MALAM NISFU SYA'BAN

Bersempenan Malam Nisfu Syaaban, Masjid An-nur akan mengadakan aktiviti bacaan yaasin secara berjamaah. 

Tarikh - 24 Februari 2024 (Sabtu malam Ahad)

Masa - Bermula solat Maghrib sehingga selesai

Kami dengan berbesar hati menjemput semua jamaah, Muslimin & Muslimat untuk hadir bersama-sama memeriahkan lagi aktiviti ini.

Terima Kasih.



Sumbangan Tabung Pengurusan Masjid

Assalamualaikum W.B.T

Masjid An-nur mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang TABUNG PENGURUSAN masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.


Untuk makluman, urusan pentadbiran masjid termasuklah:

1. Pembayaran elaun pegawai masjid

2. Pembangunan masjid

3. Program-program yang dianjurkan oleh masjid

4. Bayaran penceramah untuk tazkirah mingguan

5. Bayaran bil elektrik dan air

6. Penyelenggaraan

7. Dan sebagainya

Baca juga - JOM INFAQ UNTUK PENCEN AKHIRAT - Pembangunan masjid baru Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.

Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:

Nama Bank : CIMB Bank

Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID

Nombor Akaun : 8603288674

Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya. 

Terima Kasih.

-Sekian-

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©