Laporan Kewangan Tahun 2023 - Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Laporan Kewangan Tahun 2023 - Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Laporan Kewangan Tahun 2023 - Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Assalamualaikum W.B.T

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan laporan kewangan Masjid An-nur dalam bentuk grafik untuk info pembaca semua. Semoga ianya bermanfaat. Insyallah.


Gambar di atas menunjukkan jumlah masuk bagi tahun 2023. Kita bermula dengan baki wang pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM13,710.66. Jumlah wang masuk bagi tahun 2023 ialah RM117,091.60. Sumber-sumber kewangan antaranya termasuklah tabung kutipan masjid, tabung kedai, sewaan kanopi dan juga lain-lain sumbangan. Jumlah keseluruhan yang terkumpul ialah RM130,802.26. Jumlah duit inilah yang kami guna bagi urusan pengurusan, aktiviti-aktiviti pengimarahan dan juga lain-lain hal.


Gambar di atas menunjukkan perbelanjaan bagi tahun 2023. Perbelanjaan-perbelanjaan adalah bagi tujuan pengurusan, aktiviti-aktiviti pengimarah masjid, penyelenggaraan, bantuan kebajikan dan lain-lain. Anda boleh merujuk gambar di atas bagi data yang lebih terperinci. 


Graf di atas menunjukkan data wang masuk VS wang keluar mengikut bulan sepanjang tahun 2023. Graf berwarna biru adalah duit masuk. Manakala graf berwarna merah ialah duit keluar. Sepanjang tahun 2023, terdapat bulan yang duit keluar melebihi duit masuk. Kekurangan duit ini ditampung dengan pengeluaran simpanan duit di dalam bank. 


Gambarajah di atas menunjukkan rumusan kewangan bagi tahun 2023. Duit simpanan di dalam Bank Islam sebanyak RM11,821.38. Manakala duit di dalam Bank CIMB sebanyak RM1,206.14. Cash di tangan sebagai kegunaan ketika emergency sebanyak RM3,085.99. Jadi, jumlah wang lebihan bagi tahun 2023 ialah sebanyak RM16,113.51 dan akan dibawa ke tahun 2024.

Penuhkan Saham Akhirat Anda dengan Infaq ke Tabung Pengurusan Masjid An-nur TDR, Kuantan

Masjid An-nur mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang TABUNG PENGURUSAN masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.


UNTUK MAKLUMAN, URUSAN PENTADBIRAN MASJID TERMASUKLAH:

1. Pembayaran elaun pegawai masjid

2. Pembangunan masjid

3. Program-program yang dianjurkan oleh masjid

4. Bayaran penceramah untuk tazkirah mingguan

5. Bayaran bil elektrik dan air

6. Penyelenggaraan

7. Dan sebagainya

Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.

Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:

Nama Bank : CIMB Bank

Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID

Nombor Akaun : 8603288674

Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya. 

Terima Kasih.

-Sekian-

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©