Sekitar Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024 - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Sekitar Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

Sekitar Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

28 September 2024

Sekitar Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

Assalamualaikm W.B.T

Alhamdulillah Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024 telah berjaya dijalankan. Lebih kurang 300 orang penduduk sekitar Taman Dato' Abdul Rashid termasuk kanak-kanak dan juga ibu bapa telah hadir bagi memeriahkan lagi sambutan ini. 



PERARAKAN DAN SELAWAT

Sambutan kali ini dimulakan dengan perarakan dan selawat beramai-ramai. Seawal jam 7.30 pagi lagi para peserta perarakan telah mula berkumput di Masjid An Nur bagi bersiap sedia untuk berarak. Sebanyak 5 kontijen perarakan yang setiap satunya terdiri daripada lebih kurang 30 orang  mula berarak mengelilingi Taman Dato' Abdul Rashid pada tepat jam 8.00 pagi.

Kontinjen Muslimat


Kontinjen Masjid An Nur

Kontinjen SAR KAFA

Kontinjen KRT Taman Dato' Abdul Rashid

Kontinjen PASTI Taman Dato' Abdul Rashid

Selesai berarak, semua hadirin yang hadir disajikan dengan sajian minum pagi sebelum diteruskan dengan acara pertandingan-pertandingan yang telah disusun oleh pihak jawatan kuasa pelaksana program sambutan kali ini.

ACARA PERTANDINGAN

Tapat jam 9.15 pagi, acara pertandingan dimulakan. Antara pertandingan yang telah disusun termasuklah:

  1. Pertandingan mewarna kanak-kanak.
  2. Pertandingan berkhutbah.
  3. Pertandingan tulisan jawi.
  4. Pertandingan azan.
  5. Kuiz maulidurasul
Pertandingan Azan

Pertandingan Khutbah

Pertandingan Mewarna

Pertandingan-pertandingan ini telah disusun bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan anak-anak sekitar taman ini kerana merakalah yang bakal menjadi pelapis akan datang. Pertandingan berjalan sehingga pukul 11.30 pagi. 

KUNJUNGAN MESRA DARI TUAN QADHI

Kami berasa amat bertuah apabila Al-Fadhil Qadhi Tuan Haji Sharifuddin bin Mohd Saad, Qadhi Daerah Kuantan sudi hadir bagi memeriahkan sambutan pada kali ini. Satu majlis ringkas telah diadakan bagi meyambut kehadiran beliau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Qadhi. Kami sedia maklum jadualnya begitu padat, tetapi beliau tetap melapangkan sedikit waktu untuk hadir ke program kali ini.

Tuan Qadhi memberi ucapan dan membuat perasmian
Terima Kasih tuan.

MAJLIS PENYAMPIAN HADIAH

Setelah selesai semua acara pertandingan, tepat jam 11.30 pagi majlis penyampian hadiah telah diadakan. Dalam majlis ini Tok Pat Wan Rozaimi bin Wan Mustafa Roni, Ketua Kampung, Kampung Dato' Rashid telah hadir sebagai tetamu undangan kami. 


Pemenang-pemenang bagi acara yang telah dipertandingkan disampaikan semasa majlis ini. Kami merakamkan ucapan tahniah buat semua yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, kami amat berbangga dengan keberanian anda semua mencuba di dalam setiap pertandingan. Kalah menang itu adat pertandingan.

Tepat jam 12.50 tengahari, majlis tamat dan semua hadirin bersurai.

MALAM CINTA RASUL

Pada sebelah malam pula, diadakan program Malam Cinta Rasul dimana satu ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz Shaharuddin dan juga qasidah burdah telah diadakan. Program bermula tepat jam 7.00 malam dimana semua jamaah mula hadir untuk bersolat maghrib secara berjamaah. 




Bersama Ustaz Shaharuddin (kanan)

Selesai solat maghrib, majlis diteruskan dengan ceramah khas maulidurasul dan disusuli dengan alunan qasidah dan burdah.

Setelah selesai solat Isyak berjamaah, semua hadirin bersurai.

Dengan berakhirnya program Malam cinta Rasul, maka berakhirlah program Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur Taman Dato' Abdul Rashid 2024.

Kami mengucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak atas segala pengorbanan masa, tenaga, duit dan sebagainya dalam menjayakan program Sambutan Maulidurasul kali ini. Tanpa kerjasama dari anda semua, tidak mungkin sambutan ini dapat realisasikan.

ungkin Ada kekurangan dalam program kali ni, itulah lumrah kita sebagai manusia. Kita hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancang hanyalah Allah S.W.T. InsyaAllah sama-sama kita baiki dan dijauhkan dari kritik-mengkritik yang boleh menggururis hati saudara seislam kita.

InsyaAllah jika panjang umur dan dimurahkan rezeki, kita jumpa lagi di sambutan tahun hadapan.

Sekian

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©