March 2024 - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: March 2024
Program Iftar Perdana Masjid An-nur TDR 1445H / 2024M

Program Iftar Perdana Masjid An-nur TDR 1445H / 2024M

Assalamualaikum W.B.T

Bersempena bulan Ramadhan penuh barkah ini, pihak masjid mengadakan program iftar perdana. 

JEMPUTAN MAJLIS IFTAR PERDANA

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid

Pihak Masjid An-nur dengan berbesar hati menjemput hadirin sekalian untuk sama-sama hadir bersama-sama berbuka puasa puasa di masjid seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Mac 2023 bersamaan 11 Ramadhan 1445H (Jumaat)

Lokasi : Perkarangan Masjid An-nur Taman Dato' Rashid

Masa : 6 Petang (Kaunter mengambil makanan dibuka) sehingga selesai solat tarawikh.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Terima Kasih.

Sumbangan Ihya Ramadhan

Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi. Pihak pengurusan masjid menyusun beberapa program bagi mengimarahkan lagi bulan penuh barakah ini.


Perancangan Program Ihya' Ramadhan Masjid An-nur.

  1. Program membudayakan Al-quran
  2. Solat tarawikh
  3. Kuliah-kuliah sempena Ramadhan
  4. Program sumbangan kepada asnaf
  5. Iftar perdana
  6. Sambutan Malam Nuzul quran
  7. Program tadarus dan Khatam Al-quran
  8. Hari Raya Aidilfitri

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan masjid An-nur membuka ruang dan peluang kepada semua yang ingin meyumbang dana bagi membantu kami menjalankan program-program yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Sumbangan dan infaq boleh disalurkan melalui akaun CIMB BANK seperti nombor akaun dibawah ataupun sumbangan secara terus didalam tabung Ihya' Ramadhan yang telah disediakan di Masjid. 

Nama akaun : Surau An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

No akaun : 8603288674

Nama bank : CIMB

Sumbangan Infaq dari Jemaah adalah dialu-alukan.

Fadhilat bersedakah

Sedekah / infaq jariah itu ibarat air yang mengalir, air yang menyuburkan tanaman, memberi manafaat kepada makhluk. Begitulah perumpamaan setiap infaq yang kita hulurkan, ia memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.


Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." -Surah al-Baqarah, ayat 271-

Teruskan bersedekah kerana amalan ini adalah amalan yang berterusan pahalanya ibarat air sungai yang mengalir tanpa henti walaupun orang itu sudah meninggal dunia.

Terima Kasih

-Sekian-

Aktiviti Tadarus Sempena Bulan Ramadhan 1445H / 2024M

Aktiviti Tadarus Sempena Bulan Ramadhan 1445H / 2024M

 Assalamualaikum W.B.T

Aktiviti tadarus al-Quran merupakan satu ibadah yang besar ganjarannya di sisi Allah. Selain itu, ia juga bantu untuk mengeratkan silaturrahim. 

Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan. Selain kelebihan-kelebihan yangdijanjikan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.

Bersempena bulan ramadhan tahun ini, pihak pengurusan Masjid An-nur TDR mengankurkan program tadarus alquran sepanjang bulan puasa bagi jamaah muslimin dan muslimat.


Bagi muslimin, sesi tadarus quran diadakan setiap malam selepas tarawikh. Bagi jamaah muslimat pula, sesi tadarus diadakan pada waktu pagi.

Bagi jamaah yang ingin menyertai program ini,boleh la hadir ke masjid ataupun hubungi AJK masjid.

Sekian 

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kuantan, Pahang

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kuantan, Pahang

Kami kongsikan waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan Kuantan serta kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Semoga Ramdhan kali ini memberi seribu kerahmatan buat semua umat islam. Insyallah.


Bersempena Ramdhan, pihak pengurusan masjid menyusun beberapa program bagi mengimarahkan lagi bulan penuh barakah ini.


Perancangan Program Ihya' Ramadhan Masjid An-nur.

  1. Program membudayakan Al-quran
  2. Solat tarawikh
  3. Kuliah-kuliah sempena Ramadhan
  4. Program sumbangan kepada asnaf
  5. Iftar perdana
  6. Sambutan Malam Nuzul quran
  7. Program tadarus dan Khatam Al-quran
  8. Hari Raya Aidilfitri

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan masjid An-nur membuka ruang dan peluang kepada semua yang ingin meyumbang dana bagi membantu kami menjalankan program-program yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Sumbangan dan infaq boleh disalurkan melalui akaun CIMB BANK seperti nombor akaun dibawah ataupun sumbangan secara terus didalam tabung Ihya' Ramadhan yang telah disediakan di Masjid. 

Nama akaun : Surau An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

No akaun : 8603288674

Nama bank : CIMB

Sumbangan Infaq dari Jemaah adalah dialu-alukan.

Fadhilat bersedakah

Sedekah / infaq jariah itu ibarat air yang mengalir, air yang menyuburkan tanaman, memberi manafaat kepada makhluk. Begitulah perumpamaan setiap infaq yang kita hulurkan, ia memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.


Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." -Surah al-Baqarah, ayat 271-

Teruskan bersedekah kerana amalan ini adalah amalan yang berterusan pahalanya ibarat air sungai yang mengalir tanpa henti walaupun orang itu sudah meninggal dunia.

Terima Kasih

-Sekian-

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Februari 2024

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Februari 2024

SEKILAS AN-NUR

e-majalah masjid yang menghimpunkan berita, info dan juga cerita semasa dari Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan inzinya, kami dapat menerbitkan sebuat e-majalah yang diberi nama SEKILAS AN-NUR. Majalah ini diterbitkan bertujuan sebagai tempat untuk kami merekod segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan. Insyallah e-majalah ini akan diterbitkan setiap bulan ataupun dua bulan sekali. Bergantung kepada bahan-bahan yang kami ada.


Terima kasih kepada semua AJK yang bersama-sama berusaha megumpul maklumat setiap program yang dijalan kan di masjid. Insyallah segala usaha yang anda beri akan dapat manfaat bersama. 

Bagi anda yang ingin membaca e-majalah ini versi penuh, anda boleh klik link dibawah:

Klik disini - SEKILAS AN-NUR | e-majalah Masjid edisi Februari 2024

Semoga terbitan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Insyallah. 

-Sekian-


Aktiviti Mencuci Karpet Masjid Sempena Menjelang Ramadhan

Aktiviti Mencuci Karpet Masjid Sempena Menjelang Ramadhan

 4 Mac 2024

Pada 4 Mac 2024, aktiviti mencuci karpet masjid telah dijalankan. Ianya telah dilakukan selepas isyak. Aktiviti ini adalah sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Pihak pengurusan masjid berusaha untuk menyediakan ruang ibadah yang selesa buat semua jamaah yang akan hadir kemasjid. Insyallah.




Untuk makluman, pada 10 Mac 2024, pihak masjid akan mengadakan aktiviti gotong-royong perdana bersama penduduk Taman Dato' Abdul Rashid bagi bersama-sama membersihkan masjid bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia nanti. Jadi, kami menyeru semua jamaah untuk hadir pada tarikh tersebut bagi membantu mencantik dan menceriakan masjid kita bersama-sama. Insyallah.

-Sekian-

Santai Petang Bersama Anak Muda Taman Dato' Abdul Rashid

Santai Petang Bersama Anak Muda Taman Dato' Abdul Rashid

 29 Feb 2024

Alhamdulillah program bicara dan motivasi bersama-sama anak muda telah diadakan di Masjid An-nur TDR. Progr ini adalah hasil usahasama antara Jamaah tabligh dan juga AJK masjid. Serami lebih kurang 30 orang anak-anak muda dari kariah Taman Dato' Abdul Rashid telah hadir keprogram ini.

Program bermula pada pukul 4 petang sehingga selepas Isyak. Program ini juga diselitkan dengan bacaan yaasin secara berjamaah. Antara pengisian ialah perkongsian hadis, slot dakwah dan macam-macam lagi.

Tentatif dan pengisian program:-

4.00 pm - 4.40 pm - Pendaftaran & slot bicara amalan memakmurkan masjid

4.40 pm - 5.00 pm - Solat Asar

5.00 pm - 5.15 pm - Kepentingan usaha agama

5.15 pm - 6.00 pm - Tazkirah kepentingan (iman dan amal) 

6.00 pm - 6.45 pm - Motivasi pelajar 

6.45 pm - 7.00 pm - Slot bersama Imam 1 Masjid An-nur TDR

7.00 pm - 7.20 pm - Minum petang

7.20 pm - 9.00 pm - Solat maghrib, bacaan Yasin dan solat Isyak berjamaah. 

9.20 pm - Tamat



Pihak masjid mengucapkan tahniah kepada para peserta yang sudi mengikuti program ini. Dan ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada jamaah tabligh dan juga AJK yang bersama-sama menjayakan program ini.

Insyllah program ini mendapat manfaat.

-Sekian-

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©