Aktiviti Tadarus Sempena Bulan Ramadhan 1445H / 2024M - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Aktiviti Tadarus Sempena Bulan Ramadhan 1445H / 2024M

Aktiviti Tadarus Sempena Bulan Ramadhan 1445H / 2024M

 Assalamualaikum W.B.T

Aktiviti tadarus al-Quran merupakan satu ibadah yang besar ganjarannya di sisi Allah. Selain itu, ia juga bantu untuk mengeratkan silaturrahim. 

Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan. Selain kelebihan-kelebihan yangdijanjikan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:

"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.

Bersempena bulan ramadhan tahun ini, pihak pengurusan Masjid An-nur TDR mengankurkan program tadarus alquran sepanjang bulan puasa bagi jamaah muslimin dan muslimat.


Bagi muslimin, sesi tadarus quran diadakan setiap malam selepas tarawikh. Bagi jamaah muslimat pula, sesi tadarus diadakan pada waktu pagi.

Bagi jamaah yang ingin menyertai program ini,boleh la hadir ke masjid ataupun hubungi AJK masjid.

Sekian 

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©