Peluang Taubat dan Pengampunan: Bulan Rejab memberikan peluang yang baik untuk bertaubat, memperbaiki diri, dan mendapatkan pengampunan dari Allah SWT. Umat Islam dianjurkan untuk melakukan amalan kebaikan, meningkatkan ibadah, dan memohon ampun selama bulan ini.
Amalan sunnah di bulan Rejab
keutamaan bulan Rejab, ianya terdapat beberapa amalan yang dituntut untuk dilakukan pada bulan Rejab ini. Ringkasnya, terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W, dan berdoa. Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan bersedekah. Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan Rejab.
Seseorang boleh mengamalkan kesemua amalan ini dan tidak menentukan bahawa mesti dilakukan pada bulan Rejab dan apa yang lebih penting amalan tersebut semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Bagi tujuan mengamalkan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya meningkatkan amal soleh dan sebagai bekalan menuju Allah S.W.T.
Doa Masuk Bulan Rejab
-Sekian-
No comments:
Post a Comment