Pemeriksaan Penyata Kewangan bagi Tahun 2023 Masjid An-nur TDR oleh Juru Audit Dalaman - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Pemeriksaan Penyata Kewangan bagi Tahun 2023 Masjid An-nur TDR oleh Juru Audit Dalaman

Pemeriksaan Penyata Kewangan bagi Tahun 2023 Masjid An-nur TDR oleh Juru Audit Dalaman

14 Jan 2024, 9.00 Malam

Menjadi satu tanggungjawab Bendahari dalam menyediakan satu laporan lengkap kewangan bagi sebuah organisasi. Penyata kewangan perlu disediakan dan disemak sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan penyata tahunan perlu disediakan bagi menyelia aktiviti-aktivi kewangan tahunan. 

Masjid An-nur tidak terkecuali dalam menyediakan penyata ini. Penyata ini harus disediakan dan dimajukan kepada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) untuk tujuan rekod simpanan. Ianya juga hendaklah di bentangkan di dalam mesyuarat bersama kariah. 

Pengalaman saya menjadi Bendahari Masjid An-nur selama 4 tahun memberi saya sisi pandangan yang berbeza di dalam pengurusan kewangan. Saya yang tidak mempunyai latar belakang akauntan atau perniagaan, sudah pasti banyak kelemahan yang saya ada. Namun, atas sokongan AJK dan juga rakan-rakan di dalam pengurusan masjid, aktiviti kewangan masjid dapat saya uruskan walaupun masih lagi banyak ruang yang perlu saya perbaiki.



Hakikatnya, saya memperuntukkan beberapa minggu untuk menyemak kembali rekod kewangan dan menyediakan penyata kewangan tahunan. Alhamdulillah pada 14 Januari 2024 yang lalu, selesai audit laporan kewangan oleh juru audit dalaman kami Encik Adnan bin Mohamed. Semoga dengan adanya audit sebegini, akan ada check and balance dalam sesebuah pengurusan masjid. Moga Allah ampunkan dosa dan kesalahan saya jika ada tersalah kira ataupun terlepas pandang mana-mana kiraan duit keluar dan masuk. Amiin.

Jumpa pula sesi audit bagi tahun 2024 nanti. Insyallah.

Coretan dari,

Muhammad Faizal bin Mohd Musa @ Musa

Bendahari ,

Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh

Takbir...!!!

-Sekian-


No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©