Jangan Biarkan Anak Lelaki Jadi Lembik | Asuh Mereka Jadi Hebat - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Jangan Biarkan Anak Lelaki Jadi Lembik | Asuh Mereka Jadi Hebat

Jangan Biarkan Anak Lelaki Jadi Lembik | Asuh Mereka Jadi Hebat

Asslamualaikum W.B.T

Mendidik anak lelaki bukanlah mudah. Ada cabaran tersendiri yang mungkin kita perlu hadapai. Masjid An-nur TDR merupakan masjid mesra kanak-kanak dan kami amat mengalu-alukan anak-anak terutamanya lelaki yang hendak datang solat berjamaah di masjid. 

Dalam artikel kali ini, saya tertarik dengan satu nasihat tentang mendidik anak lelaki. Artikel ini saya dapat dari laman web The Asian Parent yang mengupas tentang mendidik anak lelaki. Mari saya kongsikan. Semoga bermanfaat. Insyallah.

Nak membesarkan anak lelaki bukanlah mudah, tetapi pastinya jadi lebih mudah apabila dididikdari kecil. Antara cabaran menjadi ibu bapa adalah mendidik anak-anak supaya menjadi manusia bergunadan berakhlak mulia apabila meningkat dewasa.

Pada generasi ini, lelaki dan perempuan masih-masing memainkan peranan yang lebih kurangsama dalam segi tanggungjawab, pekerjaan dan peranan dalam masyarakat.

Malangnya, anggapan tipikal dalam sesetengah keluarga adalah lelaki boleh berdikari sendiri jadi anak perempuan dilebihkan dalam mendidik. Contohnya perempuan perlu tahu masak, hormat pada suami, jangan begitu dan begini walhal membesarkan anak lelaki khususnya pada zaman ini sangat penting impaknya kelak.


Anak Lelaki Merupakan Bakal Ketua Keluarga

Anak lelaki bakal merupakan ketua keluarga, jadi kita sebagai ibu bapa jangan abaikan beberapaperkara penting ini.

Memupuk sikap anak lelaki penting bagi menjadikan dia bukan sahaja seorang yang dihormatidalam masyarakat, malah boleh menjaga dan membimbing keluarganya sendiri kelak.

Kalau sedari kecil anak lelaki dibiarkan tanpa tanggungjawab dan rasa empati, bayangkan apa yang akan berlaku jika dia menggalas watak sebagai pembimbing keluarga pula.

Apa yang ingin diperkatakan di sini adalah pentingnya keseimbangan dalam mendidik anak-anak, bukan sahaja peranan perempuan tetapi juga akhlak si anak lelaki.

Walau bagaimanapun, didikan kepada anak sebaik-baiknya dimulakan sejak sebelum remaja lagi.Ini kerana apabila remaja, anak-anak cenderung untuk terpengaruh dengan rakan sebaya jadi bila mereka ada hasil didikan semasa kecil, anak pasti tidak mudah terpedaya.


Ini 5 nasihat untuk anak lelaki yang perlu disemat sebelum meningkat remaja:

#1 Ajar Anak Lelaki Untuk Jadi Respectful

Pada WanitaTerutamanya Pada Ibunya Sendiri. Contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya dan berbuat baik serta lemah lembut pada semua Wanita.

2. Ajar Anak Lelaki Untuk Ada Sense Of Responsibility

Ajar anak lelaki untuk simbah dan cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak

3. Ajar Anak Lelaki Tentang Personal Hygiene & Cleanliness

Ramai anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness. Personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ dan berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing.

#4 Ajar Anak Lelaki Coping Skills

Coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita stress, kena ejek atau dibuli. Kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. 

Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak

#5 Ajar Anak Lelaki Tentang Empathy

Bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita. Amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak,

“Adik, cuba tengok mama tu. Penatkan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong mama lipat baju nak? “

Bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.

Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni.

Semoga bermanfaat.

-Sekian-

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©