Nak pergi haji tahun 2025? Kosnya telah ditetapkan sebanyak RM33,000 seorang. Jumlah ini meliputi semua perbelanjaan seperti pengangkutan, penginapan, makanan, dan perkhidmatan semasa di Tanah Suci. Kalau dibandingkan dengan tahun 2003, masa tu kos haji tak lebih dari RM10,000 seorang. Memang jauh berbeza.
Tapi jangan risau, kerajaan masih menyediakan subsidi untuk bantu rakyat berdasarkan kategori pendapatan:
- B40 : Hanya perlu bayar RM15,000 selepas subsidi.
- M40 : Perlu bayar RM25,500.
- T20 : Kena bayar penuh iaitu RM33,000.
Subsidi ini membantu ramai rakyat, terutama golongan B40, untuk tetap mampu tunaikan ibadah haji. Tapi, kos yang perlu dibayar masih besar, jadi simpanan dan perancangan awal sangat penting.
Kerajaan Malaysia terus berusaha memastikan rakyat dapat pergi haji dengan kos yang lebih berpatutan, tanpa kompromi dari segi kualiti perkhidmatan.
Rancang dari Sekarang
Kalau bercita-cita nak pergi haji, pastikan anda mula menyimpan di Tabung Haji dan buat perancangan kewangan yang bijak. Kos memang makin tinggi, tapi pengalaman menunaikan haji pasti tak ternilai harganya.
Sekian,
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment