Kerja-Kerja Servis Aircond di Masjid An-Nur, Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Kerja-Kerja Servis Aircond di Masjid An-Nur, Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan

Kerja-Kerja Servis Aircond di Masjid An-Nur, Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan

Pada 14 Disember 2024, kerja-kerja servis lapan unit penghawa dingin di Masjid An-Nur telah dijalankan. Usaha ini diambil selepas menerima aduan daripada para jemaah yang mengatakan suasana di dalam dewan solat terasa panas dan kurang selesa, terutamanya ketika waktu solat berjemaah yang ramai. Dan sudah lama juga air-cond di Masjid tidak diselenggara.


Menyedari pentingnya keselesaan para jemaah, pihak pengurusan masjid segera mengambil tindakan dengan mengupah technician air-cond yang berpengalaman untuk menjalankan servis. Kerja-kerja servis ini melibatkan pembersihan unit dalaman dan luaran, pemeriksaan gas, serta memastikan semua penghawa dingin berfungsi dengan baik.

Proses servis bermula seawal pukul 9 pagi dan mengambil masa 4-5 jam untuk diselesaikan. Para pekerja bekerja dengan cekap, dan pihak masjid turut memantau kerja-kerja yang dilakukan untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Dengan selesainya kerja-kerja ini, pihak pengurusan berharap para jemaah dapat menikmati suasana yang lebih nyaman dan khusyuk dalam menunaikan ibadah di masjid. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan masjid terus menjadi tempat ibadah yang selesa untuk semua.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang © 2025