28 Oct 2024
BANTUAN PRIHATIN PAHANG (BPP) 2024 untuk Masjid dan SKJ
Alhamdulillah seramai 4 orang wakil dari Masjid An Nur TDR telah menghadiri majlis pelancaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2024 untuk Masjid, Surau Kebenaran Jumaat, Maahad Tahfiz/Pondok, Pelajar Tahfiz/Pondok dan Mualaf.
Program kali ini dimulakan dengan Seminar Pengurusan Masjid pada sebelah pagi. Pelbagai slot dan tajuk perbentangan yang disampaikan oleh penceramah jemputan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengurusan masjid yang lebih efektif.
Pada sebelah petang pula, majlis penyerahan bantuan prihatin Pahang telah dijalankan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang.
Kami dari AJK Masjid An Nur mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri Pahang yang sentiasa cakna dan peka dengan pentadbiran masjid-masjid di dalam negeri ini. Pelbagai program dan inisiatif dari kerajaan telah disalurkan bagi memastikan pentadbiran setiap masjid di dalam negeri pahang lebih baik dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment