Beberapa Nasihat Luqman
Luqman al-Hakim merupakan seorang yang disebut namanya di dalam al-Quran yang terkenal dengan nasihat-nasihatnya kepada anaknya sehingga Allah turunkan satu surah yang dikenali dengan Surah Luqman.
Oleh kerana, Luqman telah diberi hikmah, maka hikmah di sini bermaksud kebijaksanaan dan kecerdikan. Hal ini terserlah melalui ungkapan nasihat kepada anaknya yang dirakamkan di dalam al-Quran al-Karim.
Berikut beberapa nasihat Luqman selain daripada yang disebut di dalam Surah Luqman. Antaranya:
- Wahai anakku! Sebenarnya dunia itu ibarat lautan yang dalam. Sudah ramai mansuia yang tenggelam di dalamnya. Oleh itu, jadikanlah perahumu di dunia dengan pakaian bertaqwa kepada Allah, penumpangnya adalah keimanan dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah. Semoga kamu semua selamat. Tetapi aku tidak yakin kamu akan selamat.
- Sesiapa yang dapat menasihati dirinya sendiri, pasti beliau akan mendapat pemerhatian daripada Allah.
- Sesiapa yang dapat menyedarkan orang lain dengan dirinya sendiri, pasti Allah akan menambah kemuliaannya kerana proses menyedarkan orang lain itu.
- Hina dalam rangka taat kepada Allah lebih baik daripada membanggakan diri melakukan maksiat.
- Wahai anakku! janganlah kamu bersikap terlalu manis kerana pasti engkau ditelan. Jangan kamu bersikap terlalu pahit kerana engkau pasti akan dimuntahkan.
- Hai anakku! Jika kamu hendak menjadikan seseorang itu sebagai teman maka hendaklah kamu membuat dia marah kepadamu terlebih dahulu. Jika dia memaafkan ketika marah, maka bersaudaralah dengannya. Jika dia tidak memaafkanmu, maka berhati-hati terhadap dirinya.
Wassalamu.
No comments:
Post a Comment