Hukum Makan Dahulu, Bayar Kemudian - Dari meja Mufti Wilayah Persekutuan - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Hukum Makan Dahulu, Bayar Kemudian - Dari meja Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Makan Dahulu, Bayar Kemudian - Dari meja Mufti Wilayah Persekutuan

 SOALAN

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang kedai makan yang mengamalkan kaedah makan dahulu bayar kemudian. Ini kerana dalam banyak situasi kita merasakan bahawa harganya agak mahal dan tidak sama seperti apa yang disangka. Persoalan saya, adakah akad tersebut sah di sisi syarak? Dan apakah hukum bagi peniaga yang sengaja melakukan polisi sedemikian untuk mengambil kesempatan daripada pelanggan?

Mohon penjelasan. Terima kasih.

RINGKASAN JAWAPAN

Akad tersebut adalah sah di sisi syarak namun hendaklah dilaksanakan dengan beberapa syarat bagi menafikan unsur gharar padanya. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

Penjual hendaklah meletakkan tanda harga mengikut julat tertentu secara jelas dan tidak mengelirukan bagi setiap makanan. Ini supaya pembeli dapat menentukan kadar yang sesuai dibeli olehnya.

Pembeli hendaklah terlebih dahulu memeriksa dan memastikan harga makanan yang diambilnya sebelum memakan makanan tersebut. Ini supaya tidak timbul sebarang pertelingkahan dan rasa tidak puas hati dari pihak pembeli kerana dia membeli dengan kesedaran dan kehendaknya sendiri.

Harga yang dibayar hendaklah dipersetujui dan diredai oleh kedua-dua pihak. Hal ini kerana asas kepada suatu jual beli adalah atas dasar persetujuan dan keredaan.

Selain itu, perbuatan penjual sengaja melakukan polisi sedemikian dengan niat untuk mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan secara tidak sah adalah haram dan berdosa.

Wallahu a’lam.

Artikel ini adalah dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk bacaan lanjut, klik disini.

Sekian,

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©