Diskusi Wakaf di Majid An nur - Menyingkap Sejarah, Peranan dan Kepentingan Berwakaf - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: Diskusi Wakaf di Majid An nur - Menyingkap Sejarah, Peranan dan Kepentingan Berwakaf

Diskusi Wakaf di Majid An nur - Menyingkap Sejarah, Peranan dan Kepentingan Berwakaf

29 Ogos 2024

Alhamdulillah, Masjid An Nur telah terpilih untuk mengadadakn sesi diskusi wakaf bertajuk “Membina Mahligai Syurga” yang membincangkan kepentingan wakaf dalam Islam.

Diskusi ini disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Mohd Syakir Bin Dato' Haji Mohd Taib, Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, dan bantu oleh moderator Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh. 



Pihak AJK Masjid An Nur amat berbesar hati di atas kesusian pihak wakaf Pahang kerana sudi turun padang bagi memberi penerangan tentang konsep wakaf yang diperkenalkan oleh wakaf Pahang. Usaha murni sebegini amatlah baik dan kami menyambut dengan baik agak penduduk sekitar taman ini lebih peka dan cakna dengan konsep wakaf yang dibawa.

Memetik ulasan dan penerangan yang telah disampaikan oleh Dr Mohd Shakir,

"Wakaf ini telah bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga ke era moden. Beliau menekankan bagaimana wakaf telah menjadi tonggak penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam sejak dahulu lagi. Peranan wakaf dalam sejarah Islam telah membantu membina institusi-institusi penting seperti masjid, sekolah, dan hospital yang memberi manfaat besar kepada masyarakat."

Semoga dengan kehadiran pihak wakaf pahang ke masjid kami dapat menjadi batu loncatan kepada kami dalam usaha mengumpul dana pembinaan masjid baru. Insyallah.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©