Assalamualaikum W.B.T
Bismillahirrahmanirrahim
Hidup kita terlalu singkat.
"Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." (QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 114)
Cepat-cepat tamak dalam melakukan kebaikan.
Kita tak tahu amal mana yang akan diredhai oleh Allah.
Perbaiki solat, betulkan niat hanya semata-mata kerana Allah, jangan bermusuh dengan manusia terutama adik-beradik. Cukup-cukuplah syaitan menjadi musuh kita seumur hidup.
Lawan ego dalam diri, mengalah walaupun kita dipihak yang benar.
Tambahkan amal sunat, perlu ada peningkatan dalam amalan. Jangan tinggalkan sedekah, jangan takut miskin, kerana Allah menjanjikan kecukupan, sedang syaitan membisik kepapaan.
Jangan tinggalkan solat Taubat. Jangan bertangguh kerana kita tak tahu ajal akan tiba bila, boleh jadi esok sebelum subuh roh sudah meninggalkan jasad.
Tambah ilmu agama, kerana Ilmu itu akan menjadi penasihat pada diri kita.
Bertaqwa pada Allah, dengan sedaya upaya melakukan apa yang Allah suruh dan sedaya upaya meninggalkan apa yang Allah tak suka. Hanya dengan taqwa, Allah akan memberi taufiq pada kita jalan membeza kebenaran dan jalan kesesatan.
Ingat, Dunia hanya sementara.
Perjalanan kita masih Jauh.
Sekian,
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment