PENGENALAN Projek Pembinaan Masjid An-Nur Taman Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: PENGENALAN Projek Pembinaan Masjid An-Nur Taman Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

PENGENALAN Projek Pembinaan Masjid An-Nur Taman Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang


Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Taman Dato' Abdul Rashid Salleh telah mula diduduki pada tahun 2009. Taman ini terletak dilaluan Kuantan-Kemaman Bypass. Ketika ini, taman ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 3000 orang. Dalam populasi ini, hampir 99% adalah masyarakat melayu islam iaitu purata 5 orang penduduk bagi setiap kediaman yang berjumlah 600 buah rumah.

Terdapat sebuah surau di dalam taman ini yang telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk taman pada tahun 2004 dan baru sahaja diberi kebenaran untuk menunaikan solat jumaat bermula April 2018.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, surau ini hanya mampu menampung 55 orang jemaah dibahagian ruang solat utama dan 75 orang jemaah diruang luar surau. Keseluruhan ruang solat hanya mampu memuatkan seramai 125 orang jemaah ketika solat jumaat sepanjang pelaksanaan PKP yang memerlukan penjarakan sosial di dalam saf.

Sedangkan, jemaah yang hadir adalah dianggarkan seramai 400 hingga 500 orang. Ianya melebihi kapasiti ruang solat yang ada. Keadaan ini memaksa mereka untuk pergi ke masjid lain yang berada jarak kira-kira 6KM. Bagi yang tiada kenderaan, hanya mampu pulang ke rumah terutama kanak-kanak bawah 18 tahun ke bawah dan yang masih bersekolah.

Sehubungan dengan itu, kami barisan pengurusan masjid yang mengambil alih pentadbiran bagi penggal 2020-2022 dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada agama, bangsa dan negara telah melakukan pelbagai usaha menambah baik kemudahan di surau ini, namun ianya masih tidak dapat memenuhi keperluan jemaah samaada dari Taman Dato' Abdul Rashid Salleh ataupun umat islam sekitarnya. Hal ini kerana, surau ini terletak berhampiran jalan utama dan juga menjadi persinggahan umat islam yang bermusafir.

Illustrasi model masjid baru yang bakal dibina
Illustrasi model masjid baru yang bakal dibina

Oleh yang demikian, atas dasar rasa tanggunjawab dan kasih sayang kepada agama, bangsa dan negara, kami pengurusan masjid bersama-sama KRT taman ini telah memulakan usaha bagi mendapatkan tapak masjid dan seterusnya dapat dibina sebuah masjid yang berkonsepkan kompleks islam yang bukan hanya jadi tempat untuk mendirikan solat 5 waktu sahaja, tetapi menjadi tempat pembentukan masyarakat muslim yang lebih memahami dan mengamalkan islam sebagai cara hidup yang sejati. Insyallah.



Sekian,

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©