Assalamualaikum W.B.T
Bismillahirrahmanirrahim
Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi pada pembaca semua tentang tanah yang telah diwakafkan untuk pembinaan masjid baru. Alhamdulillah, setelah melalui beberapa proses permohonan, masyuarat bersama pihak berwajib dan lawatan tapak, tanah yang bernombor [GRN 24720] (3741) telah dipersetujui untuk dijadikan tanah wakaf pembinaan masjid An-Nur yang baru.
Pelan Tapak Tanah [GRN 24720] (33741) |
Tanah ini merupakan padang yang hakmiliknya dimiliki oleh Syarikat Dato' Abdul Rashid Salleh SDN BHD. Namun begitu, pihak syarikat telah berbaik hati dan menyokong penuh aspirasi penduduk taman yang hendak membina masjid baru dengan menyetujui pewakafan tanah hak milik syarikat kepada Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh.
Tapak Padang Taman Dato' Abdul Rashid |
Melihat dengan lebih dekat lagi, tapak tanah padang ini adalah berdekatan dengan lorong 4, lorong 5, lorong 3 dan Jalan Utama serta bangunan KAFA yang masih beroperasi di atas tanah tersebut. Bagi memastikan pembinaan masjid baru ini mendapat persetujuan penduduk sekitar kawasan tapak pembinaan, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan satu arahan pada pihak masjid untuk mendapatkan persetujuan penduduk kawasan sekitar secara rasmi.
Lokasi padang berdekatan dengan lorong 3 |
Terdapatnya gerai-gerai jualan dipadang |
Lorong 5 juga terletak berdekatan dengan padang |
Bangunan KAFA yang masih lagi beroperasi terbina di atas tapak padang |
Overall view Padang Taman Dato' Abdul Rashid Salleh |
Oleh kerana lorong 3 dan juga jalan utama tiada rumah, pihak masjid hanya mengambil persetujuan secara bertulis bagi penduduk dilorong 4 dan 5 sahaja.
Baca juga : Khas - Kronologi Projek Pembangunan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan Pahang
Alhamdulillah, penduduk di lorong 4 dan 5 Taman Dato' Abdul Rashid Salleh sangat menyokong dan mendokong usaha-usaha untuk mendirikan masjid baru dengan menandatangani borang penyetujuan tersebut.
Senarai penduduk dari lorong 5 yang menyetujui pembinaan masjid di atas tanah padang |
Kami dari pihak pengurusan masjid begitu terharu dengan kerjasama yang telah diberikan semua. Semoga usaha ini dapat dipermudahkan oleh Allah. Insyallah.
En. Bakar antara AJK yang telah berusaha mengambil tanda tangan penduduk di lorong 4 dan 5 |
Tidak lupa, ribuan terima kasih buat AJK Masjid An-Nur yang sudi berpanas dan berhujan pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk melaksanakan proses ini.
Sekian
Terima kasih