Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang
Sekitar Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

Sekitar Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

28 September 2024

Sekitar Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

Assalamualaikm W.B.T

Alhamdulillah Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024 telah berjaya dijalankan. Lebih kurang 300 orang penduduk sekitar Taman Dato' Abdul Rashid termasuk kanak-kanak dan juga ibu bapa telah hadir bagi memeriahkan lagi sambutan ini. 



PERARAKAN DAN SELAWAT

Sambutan kali ini dimulakan dengan perarakan dan selawat beramai-ramai. Seawal jam 7.30 pagi lagi para peserta perarakan telah mula berkumput di Masjid An Nur bagi bersiap sedia untuk berarak. Sebanyak 5 kontijen perarakan yang setiap satunya terdiri daripada lebih kurang 30 orang  mula berarak mengelilingi Taman Dato' Abdul Rashid pada tepat jam 8.00 pagi.

Kontinjen Muslimat


Kontinjen Masjid An Nur

Kontinjen SAR KAFA

Kontinjen KRT Taman Dato' Abdul Rashid

Kontinjen PASTI Taman Dato' Abdul Rashid

Selesai berarak, semua hadirin yang hadir disajikan dengan sajian minum pagi sebelum diteruskan dengan acara pertandingan-pertandingan yang telah disusun oleh pihak jawatan kuasa pelaksana program sambutan kali ini.

ACARA PERTANDINGAN

Tapat jam 9.15 pagi, acara pertandingan dimulakan. Antara pertandingan yang telah disusun termasuklah:

  1. Pertandingan mewarna kanak-kanak.
  2. Pertandingan berkhutbah.
  3. Pertandingan tulisan jawi.
  4. Pertandingan azan.
  5. Kuiz maulidurasul
Pertandingan Azan

Pertandingan Khutbah

Pertandingan Mewarna

Pertandingan-pertandingan ini telah disusun bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan anak-anak sekitar taman ini kerana merakalah yang bakal menjadi pelapis akan datang. Pertandingan berjalan sehingga pukul 11.30 pagi. 

KUNJUNGAN MESRA DARI TUAN QADHI

Kami berasa amat bertuah apabila Al-Fadhil Qadhi Tuan Haji Sharifuddin bin Mohd Saad, Qadhi Daerah Kuantan sudi hadir bagi memeriahkan sambutan pada kali ini. Satu majlis ringkas telah diadakan bagi meyambut kehadiran beliau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Qadhi. Kami sedia maklum jadualnya begitu padat, tetapi beliau tetap melapangkan sedikit waktu untuk hadir ke program kali ini.

Tuan Qadhi memberi ucapan dan membuat perasmian
Terima Kasih tuan.

MAJLIS PENYAMPIAN HADIAH

Setelah selesai semua acara pertandingan, tepat jam 11.30 pagi majlis penyampian hadiah telah diadakan. Dalam majlis ini Tok Pat Wan Rozaimi bin Wan Mustafa Roni, Ketua Kampung, Kampung Dato' Rashid telah hadir sebagai tetamu undangan kami. 


Pemenang-pemenang bagi acara yang telah dipertandingkan disampaikan semasa majlis ini. Kami merakamkan ucapan tahniah buat semua yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, kami amat berbangga dengan keberanian anda semua mencuba di dalam setiap pertandingan. Kalah menang itu adat pertandingan.

Tepat jam 12.50 tengahari, majlis tamat dan semua hadirin bersurai.

MALAM CINTA RASUL

Pada sebelah malam pula, diadakan program Malam Cinta Rasul dimana satu ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz Shaharuddin dan juga qasidah burdah telah diadakan. Program bermula tepat jam 7.00 malam dimana semua jamaah mula hadir untuk bersolat maghrib secara berjamaah. 




Bersama Ustaz Shaharuddin (kanan)

Selesai solat maghrib, majlis diteruskan dengan ceramah khas maulidurasul dan disusuli dengan alunan qasidah dan burdah.

Setelah selesai solat Isyak berjamaah, semua hadirin bersurai.

Dengan berakhirnya program Malam cinta Rasul, maka berakhirlah program Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur Taman Dato' Abdul Rashid 2024.

Kami mengucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak atas segala pengorbanan masa, tenaga, duit dan sebagainya dalam menjayakan program Sambutan Maulidurasul kali ini. Tanpa kerjasama dari anda semua, tidak mungkin sambutan ini dapat realisasikan.

ungkin Ada kekurangan dalam program kali ni, itulah lumrah kita sebagai manusia. Kita hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancang hanyalah Allah S.W.T. InsyaAllah sama-sama kita baiki dan dijauhkan dari kritik-mengkritik yang boleh menggururis hati saudara seislam kita.

InsyaAllah jika panjang umur dan dimurahkan rezeki, kita jumpa lagi di sambutan tahun hadapan.

Sekian

Terima Kasih

Mesyuarat Penyelarasan Program Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

Mesyuarat Penyelarasan Program Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

21 September 2022

Alhamduliallah satu mesyuarat penyelarasan program sambutan maulidurasul masjid an nur telah diadakan. Tujun utama mesyuarat ini adalah untuk memberi taklimat perincian program sambutan maulud yang akan berjalan pada 28 Septembet nanti.



Taklimat perincian telah diberikan oleh En. Faizal. Beliau yang bertanggjawab menjaga perjalanan program dan juga pengacara majlis pada hari kejadian nanti. 

Diharapkan dengan mesyuarat dan taklimat ini semua AJK mempunyai gambaran yang jelas tentang program yang akan dijalan kan nanti.

Mari sama-sama kita doakan program Sambutan Maulidurasul yang akan diadakan nanti berjalan lancar. Insyallah. 

Sekian

Terima Kasih

Persiapan Program Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

Persiapan Program Sambutan Maulidurasul Masjid An Nur 2024

 Assalamualiakum W.B.T

Tidak lama lagi program Sambutan Maulidurasul Peringkat Masjid An Nur TDR bakal menjelma. Buat masa ini AJK-AJK sedang bertungkus lumus membuat persiapan sambutan. 

Terbaru, AJK Muslimat Masjid An Nur telah berjaya membungkus hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan yang akan dijalankan nanti.




Antara pertandingan yang akan dijalankan ialah:

  1. Mewarna kanak-kanak.
  2. Azan
  3. Khutbah
  4. Tulisan Jawi
  5. Kuiz
  6. Sepanduk
Berikut kami kongsikan perincian PROGRAM SAMBUTAN MAULIDURASUL MASJID AN NU TDR

Sekian

Terima Kasih
@masjid.annur.tdr

18 Sep 2024, Team muslimat bertungkus lumus menyiapkan hadiah-hadiah untuk pertandingan Sambutan Maulidurasul akan datang. Terima Kasih

♬ original sound - محمد يوسف - Mohamed Youssef
Dapur Zakat Masjid An Nur September 2024

Dapur Zakat Masjid An Nur September 2024

PENYERAHAN SUMBANGAN DAPUR ZAKAT

Sumbangan dapur zakat merupakan program dibawah MUIP. Setiap bulan masjid akan mendapat 40 bungkusan berupa barangan dapur untuk diagihkan kepada penerima yang telah dikenal pasti sekitar taman ini.




Sekian

Terima Kasih

Raikan Anak-anak Sempena Program Kibarkan Jalur Gemilang di Masjid

Raikan Anak-anak Sempena Program Kibarkan Jalur Gemilang di Masjid

 8 Sep 2024

Satu majlis ringkas penyampaian hadiah buat anak-anak sempena dengan program Kibarkan Jalur Gemilang telah dijalan kan. Ustaz Azlan dan AJK-AJK masjid yang lain telah memilih gambar anak-anak yang telah diambil ketika program kibarkan jalur gemilang pada 18 Ogos 2024.

Kriteria yang menjadi pemilihan antaranya ialah pakaian mengikut tema kemerdekaan serta semangat kibarkan jalur gemilang. Pihak pengurusan masjid mengucapkan tahniah kepada ana-anak yang berjaya.


Insyallah tahun hadapan kita bersama-sama lagi di dalam program Kibarkan Jalur Gemilang. 

Sekian

Terima Kasih

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDURASUL MASJID AN NUR TAMAN DATO' ABDUL RASHID 2024

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDURASUL MASJID AN NUR TAMAN DATO' ABDUL RASHID 2024



KERTAS KERJA

SAMBUTAN MAULIDURRASUL
MASJID AN-NUR
TAMAN DATO’ ABDUL RASHID SALLEH


Anjuran,
Masjid An-nur
Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh
Bersama
KRT, KAFA dan PASTI

Tarikh : 28 Sep 2024
Masa : 7.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid

PENGENALAN

Sambutan Maulidurrasul 2024 Taman Dato’ Abdul Rashid adalah satu program yang dijalankan bertujuan bagi menyambut kedatangan Maulidurrasul serta merapatkan hubungan silaturrahim, di samping menerapkan amalan budaya hidup sihat dikalangan penduduk taman ini serta menjalinkan perpaduan segenap lapisan masyarakat.

Selain program-program berbentuk keagamaan, sambutan ini juga bakal diisi dengan pengisian acara-acara pertandingan dan sebagainya.

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
  1. Merapatkan ukhuwah diantara penduduk Taman tidak kira Sebarang latar belakang,agama dan kaum.
  2. Mengeratkan hubungan antara penduduk dan kepimpinan setempat.
  3. Menanamkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan Nabi S.A.W dengan adanya majlis selawat dan ceramah agama selain meniup semangat cintakan negara dan tanah air.
  4. Menghidupkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan,senam robit dan sebagainya.

TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini diadakan untuk memohon persetujuan dan sumbangan bagi menjalankan program bersempena Maulidurrasul di Masjid An-nur Taman Dato’ Rashid Salleh di sini.

TARIKH, HARI DAN MASA

    Tarikh - 28 Sep 2024
    Hari - Sabtu
    Masa - 7.00 pagi – 10.00 malam
    Tempat - Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh

SENARAI TETAMU KEHORMAT / VIP

Senarai nama tetamu kehormat adalah seperti berikut:
  1. Penceramah maulidurrasul.
  2. En. Wan Rozaimi Bin Wan Mustafa Roni (Tok Pat / Ketua Kampung)

ATURCARA PROGRAM

Tarikh 28 September 2024 (pagi)

8.00 pagi - Perarakan maulidur rasul
9.30 pagi - Minum pagi
10.00 pagi - Pertandingan dimulakan
12.00 t/hari - Penyampaian hadiah
1.00 ptg - Bersurai

Tarikh 28 September 2024 (malam)

7.00 malam - Solat maghrib berjamaah.
8.00 malam - Ceramah khas maulidurrasul & Qasidah
9.30 malam - Solat Isyak
10.00 malam - Jamuan dan bersurai.

SENARAI AJK PELAKSANA

Pengarah Program
Ustaz Mohamad Azlan Bin Rosli
Imam 1 Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Timbalan Pengarah Program
En. Tajuddin bin Majid
Timbalan Pengerusi Masjid An-nur Taman Dato’ Rashid Salleh Kuantan

Setiausaha Program
En. Azman bin Ahmad
Setiausaha Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Bendahari Program
En. Muhammad Faizal bin Mohd Musa @ Musa
Bendahari Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Kuantan

AJK Pelaksana

Nama

AJK pengurusan penceramah

Syed Hod

AJK pengurusan qasidah

Imam Yusof

AJK hadiah

Muslimat Masjid An-nut (Kak Suhaila)

AJK audio

Audio di masjid – KRT (En. Hamidon)

Audio semasa perarakan – PASTI (Mualimah Fida)

AJK pertandingan mewarna

Mualimah Sarah

AJK pertandingan azan

Imam Yusof & Haji Din

AJK pertandingan khutbah

Ustaz Azlan & Ustaz Sarif

AJK pertandingan kuiz

PASTI TDR (Mualimah Fida)

AJK pertandingan tulisan jawi

KAFA (Ustaz Sarif)

AJK makanan

Muslimat Masjid An-nur (Kak Suhaila)

AJK keselamatan

En. Saad

AJK penyediaan tempat

Che’ Wan & KAFA (Ustaz Sarif)

MC

En. Faizal

Juri sepanduk

En. Azman & En. Tajuddin


CADANGAN AKTIVITI

  1. Mewarna kanak-kanak 5-9 tahun
  2. Mewarna kanak-kanak 10-12 tahun
  3. Azan kanak-kanak.
  4. Azan remaja.
  5. Berkhutbah.
  6. Kuiz maulidur rasul.
  7. Pertandingan sepanduk.
  8. Pertandingan tulisan jawi.

BELANJAWAN PROGRAM

Bil.

Butiran

Kuantiti

Jumlah

1

Penceramah maulidur rasul

1

RM200.00

2

Hadiah penceramah

1

RM50.00

3

Pasukan qasidah

1

RM500.00

4

Jamuan majlis maulidur rasul (Bungkus)

RM5.00

200 orang

RM1000.00

5

Jamuan makan Penceramah & qasidah

10 Orang

RM200.00

6

Jamuan minum pagi 14 Sep 2024

RM2

200 orang

RM400.00

7

Hadiah setiap acara

7 acara dipertandingkan

Bajet hadiah setiap acara – RM120

Tempat pertama – RM40

Tempat kedua – RM30

Tempat ketiga – RM20

Saguhati – RM10

8

RM960.00

8

Kelengkapan dan peralatan

Lumpsum

RM200.00

9

Belanja luar jangka

Lumpsum

RM200.00

 

 

JUMLAH

RM3710.00



PENUTUP

Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan antara kaum serta setiap lapisan peringkat umur dan berupaya memupuk semangat ukhwah yang tinggi dalam kalangan komuniti Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Kuantan. Diharap program ini berupaya menjadi pemangkin kepada kelangsungan dakwah dalam kalangan masyarakat disini. 

Disediakan oleh,


…………………………………………………..
Ustaz Mohamad Azlan Bin Rosli 
Pengarah Program
Sambutan Maulidurrasul Masjid An-nur
Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh.


Pemasangan Air Cond Baru Hasil Kutipan Infaq dari Jamaah

Pemasangan Air Cond Baru Hasil Kutipan Infaq dari Jamaah

22 Ogos 2024,

Alhamdulillah pada 22 ogos yang lalu hajat kami untuk mengganti air cond yang rosak telah berjaya. Ini adalah hasil dari kutipan dana jamaah dari taman  ini ataupun luar.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menyumbang dana di dalam infaq air cond masjid kami. Allah sahaja yang mampu membalasnya.




Harapan kami agar dengan pemasangan air cond ini akan menambahkan lagi keselesaan para jamaah untuk beribadah di masjid. Insyallah.

Sekian

Terima Kasih
Diskusi Wakaf di Majid An nur - Menyingkap Sejarah, Peranan dan Kepentingan Berwakaf

Diskusi Wakaf di Majid An nur - Menyingkap Sejarah, Peranan dan Kepentingan Berwakaf

29 Ogos 2024

Alhamdulillah, Masjid An Nur telah terpilih untuk mengadadakn sesi diskusi wakaf bertajuk “Membina Mahligai Syurga” yang membincangkan kepentingan wakaf dalam Islam.

Diskusi ini disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Mohd Syakir Bin Dato' Haji Mohd Taib, Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, dan bantu oleh moderator Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh. 



Pihak AJK Masjid An Nur amat berbesar hati di atas kesusian pihak wakaf Pahang kerana sudi turun padang bagi memberi penerangan tentang konsep wakaf yang diperkenalkan oleh wakaf Pahang. Usaha murni sebegini amatlah baik dan kami menyambut dengan baik agak penduduk sekitar taman ini lebih peka dan cakna dengan konsep wakaf yang dibawa.

Memetik ulasan dan penerangan yang telah disampaikan oleh Dr Mohd Shakir,

"Wakaf ini telah bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga ke era moden. Beliau menekankan bagaimana wakaf telah menjadi tonggak penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam sejak dahulu lagi. Peranan wakaf dalam sejarah Islam telah membantu membina institusi-institusi penting seperti masjid, sekolah, dan hospital yang memberi manfaat besar kepada masyarakat."

Semoga dengan kehadiran pihak wakaf pahang ke masjid kami dapat menjadi batu loncatan kepada kami dalam usaha mengumpul dana pembinaan masjid baru. Insyallah.

Sekian. 

Kelas Mengaji Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

Kelas Mengaji Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

 KELAS MENGAJI MUSLIMAT

Untuk makluman semua, Masjid An-nur TDR ada membuka kelah menga khas untuk muslimah. Kelas mengaji muslimah ini diadakan setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.



Bagi jamaah atau penduduk yang berminat untuk meyertai kelas ini, boleh berhubung dengan wakil AJK muslimat TDR seperti talian dibawah:-

Kak Suhaila - 019-6633817 

Sekian

Self Service Air Cond oleh Tok Siak Masjid An Nur

Self Service Air Cond oleh Tok Siak Masjid An Nur

Alhamdulillah Masjid An nur di datangi AJK dan jamaah yang mempunyai kemahiran tersendiri. Baru-baru ini Tok Siak kita En. Rosman telah berjaya membuat sedikit pembersihan air cond di masjid demi keselesaan jamaah yang hadir untuk beribadah. 





Terima kasih Abang Man..!!!

Sekian 

Di jemput hadir ke Diskusi Wakaf - Membina Mahligai Syurga bersama Wakaf Pahang - 29 Ogos 2024

Di jemput hadir ke Diskusi Wakaf - Membina Mahligai Syurga bersama Wakaf Pahang - 29 Ogos 2024

Assalamualaikum, insyaAllah Wakaf Pahang akan mengadakan Diskusi Wakaf bertajuk ”Membina Mahligai Syurga” seperti berikut;  

Tarikh - 29 Ogos 2024 (Khamis)

Tempat - Masjid An Nur Taman Dato' Rashid

Masa - Selepas Maghrib

Panel:

AL Fadhil Ustaz Dr Mohd Syakir Bin Dato Haji Mohd Taib

Moderator:

Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh

Ayuh semua muslimin dan muslimat. 

Sebarkan

JOM Bersama Kami....

Berwakaf Serendah RM5 sekarang di

www.wakafpahang.my

#wakafpahang

#semaididuniatuaidiakhirat

Nyanyian Lagu 31 Ogos oleh Anak-anak Kariah Taman Dato' Abdul Rashid beserta Lirik

Nyanyian Lagu 31 Ogos oleh Anak-anak Kariah Taman Dato' Abdul Rashid beserta Lirik


Lirik lagu 31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka

Video nyayian lagi 31 Ogos oleh anak-anak kariah



Program Kibarkan Jalur Gemilang oleh Anak-anak Kariah Taman Dato' Abdul Rashid

Program Kibarkan Jalur Gemilang oleh Anak-anak Kariah Taman Dato' Abdul Rashid

18 Ogos 2024,

Seramai lebih 60 orang anak-anak kecil dari kariah Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid telah menghadiri program mengibarkan jalur gemilang di masjid ini. Program ini bertujuan bagi memberi sedikit pendedahan terhadap semangat kemerdekaan kepada anak-anak ini.


Bermula jam 8 pagi, program dimulakan dengan amali solat dhuha dan subuh secara beramai-ramai, disusuli dengan bacaan doa dhuha dan qunut nazilah serta sedikit penyampaian nasihat dari Ustaz Azlan tentang kemerdekaan.

Kemudian, anak-anak ini dibekalkan dengan bendera kecil yang diberikan secara percuma oleh pihak masjid An-nur. Mereka bersama-sama menyayikan lagu bertemakan kemerdekaan dengan penuh semangat. Dan program diakhiri dengan sesi bergambar.






Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghantar anak-anak ke masjid bagi mengikuti program ini. Kami berharap agar program ini dapat memupuk semangat cintakan tanah air di dalam diri anak-anak kita. Insyallah.

Sekian,

Terima kasih.

Sukaneka dan Family Day Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

Sukaneka dan Family Day Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

10 Ogos 2024

Assalamualaikum W.B.T

Pada 10 Ogos 2024 yang lalu, satu program berbentuk santai telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program sukaneka dan family day ini adalah satu program yang dirancang dan dilaksanakan oleh AJK Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.



Program yang berlangsung di sekitar pantai Balok telah  menyaksikan lebih dari 40 orang peserta dari kalangan sahabat muslimat TDR. Pelbagai aktiviti sukaneka telah berjaya dilaksanakan semasa program ini.


Banyak juga hadiah yang telah disediakan oleh penganjur untuk para pemenang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK Muslimat Masjid kerana berjaya menganjurkan program sebegini. 

Sekian,

Terima kasih

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©