Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang
SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Jun & Julai 2024

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Jun & Julai 2024

SEKILAS AN-NUR

e-majalah masjid yang menghimpunkan berita, info dan juga cerita semasa dari Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh.


Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan inzinya, kami dapat menerbitkan sebuat e-majalah yang diberi nama SEKILAS AN-NUR. Majalah ini diterbitkan bertujuan sebagai tempat untuk kami merekod segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan. Insyallah e-majalah ini akan diterbitkan setiap bulan ataupun dua bulan sekali. Bergantung kepada bahan-bahan yang kami ada.

Terima kasih kepada semua AJK yang bersama-sama berusaha megumpul maklumat setiap program yang dijalan kan di masjid. Insyallah segala usaha yang anda beri akan dapat manfaat bersama. 

Bagi anda yang ingin membaca e-majalah ini versi penuh, anda boleh klik link dibawah:

Klik disini - SEKILAS AN-NUR | e-majalah Masjid edisi Jun & Julai 2024

Semoga terbitan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Insyallah. 

-Sekian-

Tabung Infaq Sambutan Maulidurasul Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid - 2024

Tabung Infaq Sambutan Maulidurasul Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid - 2024

Assalamualaikum W.B.T

Masjid An-nur Taman Dato' Rashid akan mengadakan program sambutan Maulidurasul seperti ketetapan berikut:

Tarikh - 28 Sep 2024 (Sabtu)

Masa - 7.00 pagi - 10.00 malam

Tempat - Masjid An-nur TDR Kuantan

Pihak masjid membuka tabung infaq bagi mengumpul dana program maulidurasul 2024. Bermacam program telah dirancang sempena dengan sambutan maulidurasul kali ini. Dana yang diperlukan bagi menjalankan program ini ialah RM3590.

Muslimin dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq boleh menyalurkan sumbangan seikhlas hati anda melalui nombor akaun tertera.

Untuk maklumat lanjut, sila klik link dibawah. Terima kasih.

http://www.wasap.my/60196141393/Infaq_Maulidurasul 

Sekian,

Terima Kasih

Gotong-royong Membuat Bubur Asyura - 2024

Gotong-royong Membuat Bubur Asyura - 2024

21 Julai 2024

Assalamualaikum W.B.T

Pada 21 Julai 2024, satu program membuat bubur asyura telah 

Awal Muharram atau Awal Hijriyyah merupakan permulaan tahun baru kalendar Hijriyyah. Bersempena dengan kehadiran Awal Muharram, sebuah program membuat bubur asyura telah berjaya dilaksanakan di Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.

Program membuat bubur syura ini merupakan aktiviti tahunan bagi masjid ini. Kegiatan ini mengeratkan lagi silaturrahim sesama kami kerana proses membuat bubur asyura ini dibuat secara bergotong-royong.

Pada tahun ini, sebanyak 2 kawah bubur asyura telah dibuat. Seperti biasalah tugas kaum ibu ni menyediakan rempah ratus dan kaum bapa pula berkerah keringat mengacau syura.



Bubur yang telah siap dimasukkan di dalam mangkuk dan diagihkan kepada penduduk sekitar Taman Dato' Abdul Rashid.

Terima Kasih buat semua warga taman di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.

Sekian,

Terima Kasih

Mesyuarat AJK Kali Ke-2 Masjid An-nur Taman Dato Abdul Rashid

Mesyuarat AJK Kali Ke-2 Masjid An-nur Taman Dato Abdul Rashid

6 Julai 2024

Alhamdulillah, telah selesai mesyuatat AJK kali ke-2 Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid. Mesyuarat kali ini membincangkan tentang postmortem program qurban yang telah dijalankan sebelum ini.

Mesyuarat kali ini juga membincangkan tentang takwim programp-program yang bakal dijalan kan di masjid. Selain itu bendahari juga membentangkan laporan kewangan bagi jan - jun 2024.

Mesyurat bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah.

Sekian,

Terima Kasih

Infaq Dana Air Conditioner Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

Infaq Dana Air Conditioner Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

 Assalamualaikum W.B.T

TELAH DITUTUP. DANA TELAH MENCUKUPI (UPDATE PADA 20 OGOS 2024)

Masjid An-nur Taman Dato' Rashid membuka tabung infaq bagi menggantikan airconditioner yang telah lama dan rosak. Dana yang diperlukan bagi menggantikan aircond yang baru ialah RM2760.

Muslimin dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq boleh menyalurkan sumbangan seikhlas hati anda melalui nombor akaun tertera.

Untuk maklumat lanjut, sila klik link dibawah. Terima kasih.

http://www.wasap.my/60196141393/Infaq_Aircond

Sekian,

Terima Kasih

Infaq Tabung Pengurusan Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

Infaq Tabung Pengurusan Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid

Masjid An-nur mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang TABUNG PENGURUSAN masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.

Untuk makluman, urusan pentadbiran masjid termasuklah:

1. Pembayaran elaun pegawai masjid

2. Pembangunan masjid

3. Program-program yang dianjurkan oleh masjid

4. Bayaran penceramah untuk tazkirah mingguan

5. Bayaran bil elektrik dan air

6. Penyelenggaraan

7. Dan sebagainya

Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.

Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:

Nama Bank : CIMB Bank

Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID

Nombor Akaun : 8603288674

Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Sekian,

Terima Kasih

Dapur Zakat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan

Dapur Zakat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan

PENYERAHAN SUMBANGAN DAPUR ZAKAT

Sumbangan dapur zakat merupakan program dibawah MUIP. Setiap bulan masjid akan mendapat 40 bungkusan berupa barangan dapur untuk diagihkan kepada penerima yang telah dikenal pasti sekitar taman ini.






Kuliah Istimewa bersama Tuan Qadhi Daerah Kuantan

Kuliah Istimewa bersama Tuan Qadhi Daerah Kuantan

4 Julai 2024

Kuliah Istimewa bersama Tuan Qadhi Daerah Kuantan

Al-Fadhil Ustaz Syarafuddin.




Kami pihak AJK mengucapkan jutaan terima kasih kepada al-fadhil qadhi sebab sudi menyampaikan tazkirahnya di masjid kami.

Sekian,

Terima Kasih.


Program Qurban Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid 2024

Program Qurban Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid 2024

 17 Jun 2024,

Bersempena Aidil Addha pada tahun ini, alhamdulillah satu program qurban telah berjaya dilaksanakan di Masjid An-nur TDR. Program ini adalah hasil kerjasama AJK Masjid, KRT, AJK Muslimat dan semua penduduk di Taman Dato' Abdul Rashid.

Sebanyak 9 ekor lembu telah disembelih di dalam program ini. lembu-lembu ini adalah qurban yang dilakukan oleh penduduk di tamana ini dan juga jamaah sekitar.







Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam pengurusan program ini. Semoga apa yang kita usahakan mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T

Sekian,

Terima Kasih

Hukum Makan Dahulu, Bayar Kemudian - Dari meja Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Makan Dahulu, Bayar Kemudian - Dari meja Mufti Wilayah Persekutuan

 SOALAN

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang kedai makan yang mengamalkan kaedah makan dahulu bayar kemudian. Ini kerana dalam banyak situasi kita merasakan bahawa harganya agak mahal dan tidak sama seperti apa yang disangka. Persoalan saya, adakah akad tersebut sah di sisi syarak? Dan apakah hukum bagi peniaga yang sengaja melakukan polisi sedemikian untuk mengambil kesempatan daripada pelanggan?

Mohon penjelasan. Terima kasih.

RINGKASAN JAWAPAN

Akad tersebut adalah sah di sisi syarak namun hendaklah dilaksanakan dengan beberapa syarat bagi menafikan unsur gharar padanya. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

Penjual hendaklah meletakkan tanda harga mengikut julat tertentu secara jelas dan tidak mengelirukan bagi setiap makanan. Ini supaya pembeli dapat menentukan kadar yang sesuai dibeli olehnya.

Pembeli hendaklah terlebih dahulu memeriksa dan memastikan harga makanan yang diambilnya sebelum memakan makanan tersebut. Ini supaya tidak timbul sebarang pertelingkahan dan rasa tidak puas hati dari pihak pembeli kerana dia membeli dengan kesedaran dan kehendaknya sendiri.

Harga yang dibayar hendaklah dipersetujui dan diredai oleh kedua-dua pihak. Hal ini kerana asas kepada suatu jual beli adalah atas dasar persetujuan dan keredaan.

Selain itu, perbuatan penjual sengaja melakukan polisi sedemikian dengan niat untuk mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan secara tidak sah adalah haram dan berdosa.

Wallahu a’lam.

Artikel ini adalah dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk bacaan lanjut, klik disini.

Sekian,

Terima Kasih

Program Penyerahan Sumbangan Parlimen Indera Mahkota sempena Aidil Addha

Program Penyerahan Sumbangan Parlimen Indera Mahkota sempena Aidil Addha

13 Jun 2024

Program penyerahan sumbangan Parlimen Indera Mahkota sempena Aidil Addha.

Alhamdulillah Masjid An-nur telah menerima sumbangan RM2000 dan juga seekor lembu untuk di korbankan.






Alhamdulillah.

Tabung Infaq Meja Kecil Untuk Kelas Amali Fardhu Ain Kanak-kanak

Tabung Infaq Meja Kecil Untuk Kelas Amali Fardhu Ain Kanak-kanak

23 Jun 2024

-INFAQ TELAH DITUTUP-

Alhamdulillah bulan ni masuk bulan ke-2 untuk Kelas Iqra' dan Amali Kanak². Untuk rekod, kita telah mengadakan kelas sebanyak 5 kali dan kehadiran anak-anak setiap kelas melebihi 55 orang. Tahniah saya ucapakn kepada ibu bapa yang berusaha menghantar anak-anak setiap pagi ahad ke kelas ini.

Sehubungan dengan itu sebagai penambah baikan, Pihak masjid bercadang untuk membeli meja kecil atau rehal bagi memudahkan anak-anak menyalin yang Ustaz ajar di papan putih. Kesian tengok diorang susah nak menulis. Ada yang menunduk, berbaring dan macam-macam gaya.



Untuk permulaan, kami memerlukan dana lebih kurang RM1500 untuk membeli 50 unit rehal / meja kecil yang berharga RM30 setiap satu unit.

Dana yang sudah ada RM472 hasil daripada sumbangan ibu bapa dari tabung yang kami sediakan setiap kali kelas berjalan. Jadi, kami memerlukan lagi RM1,028.

Jika ada mana-mana ibu bapa yang berniat untuk infaq boleh PM saya (sebagai bendahari masjid An-nur TDR). Klik sahaja link dibawah ni. Insyallah sama-sama kita bantu sebarkan mesej ini. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Sekian,

Terima Kasih

Tiktok Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Tiktok Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Selari dengan perkembangan media sosial semasa, Masjid An-nur TDR tidak terkecuali untuk bersama-sama menyertai kehangatan media sosial yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Masjid An-nur TDR turuk mempunyai akaun Tiktok rasmi. Tiktok rasmi ini bakal menjadi medium penyaluran maklumat tentang aktiviti-aktivi yang berjalan di Masjid kami.

Jom follow dan tonton semua video yang ada di page rasmi Tiktok Masjid kami.

Klik di sini - Tiktok Rasmi Masjid An-Nur Tmn Dato' Rashid

Sekian,

Terima Kasih

Sumbangan Tabung Pengurusan Masjid An-nur Taman Dato' Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Sumbangan Tabung Pengurusan Masjid An-nur Taman Dato' Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Assalamualaikum W.B.T

Masjid An-nur mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang TABUNG PENGURUSAN masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.


Untuk makluman, urusan pentadbiran masjid termasuklah:

1. Pembayaran elaun pegawai masjid

2. Pembangunan masjid

3. Program-program yang dianjurkan oleh masjid

4. Bayaran penceramah untuk tazkirah mingguan

5. Bayaran bil elektrik dan air

6. Penyelenggaraan

7. Dan sebagainya

Baca juga - JOM INFAQ UNTUK PENCEN AKHIRAT - Pembangunan masjid baru Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.

Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:

Nama Bank : CIMB Bank

Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID

Nombor Akaun : 8603288674

Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya. 

Terima Kasih.

-Sekian-

Program Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat TDR

Program Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat TDR

 2 Jun 2024

Program Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat TDR

Alhamdulillah satu program kursus pengurusan jenazah anjuran ganungan muslimat masjid an-nur, jiranita dan pasti TDR telah berjaya dilaksanakan.





Terima kasih buat semua yang terlibat. Semoga program ini bermanfaat buat semua. Insyallah.

Sekian,

Terima Kasih

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©