Program Qurban Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid 2024
17 Jun 2024,
Bersempena Aidil Addha pada tahun ini, alhamdulillah satu program qurban telah berjaya dilaksanakan di Masjid An-nur TDR. Program ini adalah hasil kerjasama AJK Masjid, KRT, AJK Muslimat dan semua penduduk di Taman Dato' Abdul Rashid.
Sebanyak 9 ekor lembu telah disembelih di dalam program ini. lembu-lembu ini adalah qurban yang dilakukan oleh penduduk di tamana ini dan juga jamaah sekitar.
Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam pengurusan program ini. Semoga apa yang kita usahakan mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T
Sekian,
Terima Kasih
Hukum Makan Dahulu, Bayar Kemudian - Dari meja Mufti Wilayah Persekutuan
SOALAN
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang kedai makan yang mengamalkan kaedah makan dahulu bayar kemudian. Ini kerana dalam banyak situasi kita merasakan bahawa harganya agak mahal dan tidak sama seperti apa yang disangka. Persoalan saya, adakah akad tersebut sah di sisi syarak? Dan apakah hukum bagi peniaga yang sengaja melakukan polisi sedemikian untuk mengambil kesempatan daripada pelanggan?
Mohon penjelasan. Terima kasih.
RINGKASAN JAWAPAN
Akad tersebut adalah sah di sisi syarak namun hendaklah dilaksanakan dengan beberapa syarat bagi menafikan unsur gharar padanya. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:
Penjual hendaklah meletakkan tanda harga mengikut julat tertentu secara jelas dan tidak mengelirukan bagi setiap makanan. Ini supaya pembeli dapat menentukan kadar yang sesuai dibeli olehnya.
Pembeli hendaklah terlebih dahulu memeriksa dan memastikan harga makanan yang diambilnya sebelum memakan makanan tersebut. Ini supaya tidak timbul sebarang pertelingkahan dan rasa tidak puas hati dari pihak pembeli kerana dia membeli dengan kesedaran dan kehendaknya sendiri.
Harga yang dibayar hendaklah dipersetujui dan diredai oleh kedua-dua pihak. Hal ini kerana asas kepada suatu jual beli adalah atas dasar persetujuan dan keredaan.
Selain itu, perbuatan penjual sengaja melakukan polisi sedemikian dengan niat untuk mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan secara tidak sah adalah haram dan berdosa.
Wallahu a’lam.
Artikel ini adalah dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk bacaan lanjut, klik disini.
Sekian,
Terima Kasih
Tabung Infaq Meja Kecil Untuk Kelas Amali Fardhu Ain Kanak-kanak
23 Jun 2024
-INFAQ TELAH DITUTUP-
Alhamdulillah bulan ni masuk bulan ke-2 untuk Kelas Iqra' dan Amali Kanak². Untuk rekod, kita telah mengadakan kelas sebanyak 5 kali dan kehadiran anak-anak setiap kelas melebihi 55 orang. Tahniah saya ucapakn kepada ibu bapa yang berusaha menghantar anak-anak setiap pagi ahad ke kelas ini.
Sehubungan dengan itu sebagai penambah baikan, Pihak masjid bercadang untuk membeli meja kecil atau rehal bagi memudahkan anak-anak menyalin yang Ustaz ajar di papan putih. Kesian tengok diorang susah nak menulis. Ada yang menunduk, berbaring dan macam-macam gaya.
Untuk permulaan, kami memerlukan dana lebih kurang RM1500 untuk membeli 50 unit rehal / meja kecil yang berharga RM30 setiap satu unit.
Dana yang sudah ada RM472 hasil daripada sumbangan ibu bapa dari tabung yang kami sediakan setiap kali kelas berjalan. Jadi, kami memerlukan lagi RM1,028.
Jika ada mana-mana ibu bapa yang berniat untuk infaq boleh PM saya (sebagai bendahari masjid An-nur TDR). Klik sahaja link dibawah ni. Insyallah sama-sama kita bantu sebarkan mesej ini. 😊😊
Sekian,
Terima Kasih
Tiktok Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang
Selari dengan perkembangan media sosial semasa, Masjid An-nur TDR tidak terkecuali untuk bersama-sama menyertai kehangatan media sosial yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Masjid An-nur TDR turuk mempunyai akaun Tiktok rasmi. Tiktok rasmi ini bakal menjadi medium penyaluran maklumat tentang aktiviti-aktivi yang berjalan di Masjid kami.
Jom follow dan tonton semua video yang ada di page rasmi Tiktok Masjid kami.
Klik di sini - Tiktok Rasmi Masjid An-Nur Tmn Dato' Rashid
Sekian,
Terima Kasih
Sumbangan Tabung Pengurusan Masjid An-nur Taman Dato' Rashid Salleh, Kuantan Pahang
Assalamualaikum W.B.T
Masjid An-nur mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang TABUNG PENGURUSAN masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.
Untuk makluman, urusan pentadbiran masjid termasuklah:
1. Pembayaran elaun pegawai masjid
2. Pembangunan masjid
3. Program-program yang dianjurkan oleh masjid
4. Bayaran penceramah untuk tazkirah mingguan
5. Bayaran bil elektrik dan air
6. Penyelenggaraan
7. Dan sebagainya
Baca juga - JOM INFAQ UNTUK PENCEN AKHIRAT - Pembangunan masjid baru Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan
Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.
Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:
Nama Bank : CIMB Bank
Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID
Nombor Akaun : 8603288674
Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Terima Kasih.
-Sekian-
Program Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat TDR
2 Jun 2024
Program Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat TDR
Alhamdulillah satu program kursus pengurusan jenazah anjuran ganungan muslimat masjid an-nur, jiranita dan pasti TDR telah berjaya dilaksanakan.
Terima kasih buat semua yang terlibat. Semoga program ini bermanfaat buat semua. Insyallah.
Sekian,
Terima Kasih
SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Mei 2024
SEKILAS AN-NUR
e-majalah masjid yang menghimpunkan berita, info dan juga cerita semasa dari Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh.
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan inzinya, kami dapat menerbitkan sebuat e-majalah yang diberi nama SEKILAS AN-NUR. Majalah ini diterbitkan bertujuan sebagai tempat untuk kami merekod segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan. Insyallah e-majalah ini akan diterbitkan setiap bulan ataupun dua bulan sekali. Bergantung kepada bahan-bahan yang kami ada.
Terima kasih kepada semua AJK yang bersama-sama berusaha megumpul maklumat setiap program yang dijalan kan di masjid. Insyallah segala usaha yang anda beri akan dapat manfaat bersama.
Bagi anda yang ingin membaca e-majalah ini versi penuh, anda boleh klik link dibawah:
Klik disini - SEKILAS AN-NUR | e-majalah Masjid edisi Mei 2024
Semoga terbitan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Insyallah.
-Sekian-
Program Kesihatan Komuniti bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kuantan
26 May 2024
Program Kesihatan Komuniti bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kuantan
Pihak Universiti Islam Aantarabangsa dan komuniti Taman Dato Rashid Salleh telah mengadakan program kesihatan komuniti pada 26 May 2024 iaitu pada hari ahad. Program yang dijalankan ini memfokuskan tentang kepentingan dan kesedaran terhadap isu kesuburan untuk kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Antara program yang telah dijalankan termasuklah acara senam robik bersama penduduk TDR, pemeriksaan kesihatan secara percuma, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta taklimat kesihatan oleh Doktor Redzuan Nul Hakim bin Abdul Razak yang berbicara tentang isu kesuburan untuk kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Alhamdulillah program kerjasama ini berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah, doktor, pelajar-pelajar serta tak lupa AJK Masjid dan juga KRT TDr yang sama-sama berganding bahu bagi menjayakan program ini.
Harapan kami, program ini memberi impak yang positif kepada semua yang hadir. Insyallah. Kepada pelajar-pelajar, kami doakan agar anda bejaya dalam pelajaran seterusnya kehidupan dimasa akan datang. Amin.
-Sekian-
Mesyuarat penyelarasan program qurban bagi tahun 2024
19 May 2024,
Mesyuarat penyelarasan program qurban bagi tahun 2024.
Alhamdulillah mesyuarat penyelarasan program qurban Masjid An-nur telah berjalan dengan lancar. Seperti tahun-tahun sebelum ini, program qurban adalah program kerjasama antara AJK Masjid, KRT dan juga Muslimat Taman Dato' Abdul Rashid.
Insyallah segala perancangan yang telah dirancang akan berjalan dengan baik dan teratur. Terima kasih kepada semua AJK yang sudi hadir ke mesyuarat ini dan memberi buah fikiran untuk memastikan program qurban kali ini berjalan dengan lancar.
Pakej Ibadah Korban Lembu Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Kuantan
Untuk makluman semua, Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh akan mengadakan program ibadah korban bersempena dengan Aidil Addha yang bakal menjelang.
Bayaran RM750.00 untuk setiap bahagian korban.
Bagi yang beminat, klik link dibawah utk menghubungi wakil-wakil dari masjid kami bagi urusan selanjutnya.
http://www.wasap.my/60197369525/Nak_Tempah_Bahagian_Korban
Terima Kasih
Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk kanak-kanak 19 May 2024
19 May 2024,
Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk kanak-kanak.
Rumusan kelas hari ni 19 May 2024, Ahad
- Kepentingan meluruskan saf ketika solat jamaah.
- Cara-cara meluruskan saf dengan sempurna:-
- Luruskan & selarikan tumit dengan rakan sebelah.
- Rapatkan bahu dengan rakan sebelah.
- Solat Dhuha secara berjamaah.
- Belajar teori tentang wudhu:-
- Rukun berwudhuk.
- Sunat berwudhuk.
Pakej Ibadah Korban Lembu Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Kuantan
Assalamualaikum W.B.T
Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh akan mengadakan program ibadah korban bersempena dengan Aidil Addha yang bakal menjelang.
Bayaran RM750.00 untuk setiap bahagian korban.
Bagi yang beminat, klik link dibawah utk menghubungi wakil-wakil dari masjid kami bagi urusan selanjutnya.
http://www.wasap.my/60197369525/Nak_Tempah_Bahagian_Korban
Terima Kasih

















































