Alhamdulillah, pada 1 Februari 2025, Masjid An Nur, Taman Dato' Rashid Kuantan telah menjadi saksi kejayaan pelaksanaan Program Kem Anak Soleh (KASEH). Program yang berlangsung dari jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang ini telah disertai seramai 36 anak-anak berusia 7 hingga 17 tahun.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8:00 pagi. Selepas itu, pelbagai slot menarik telah diatur untuk para peserta. Aktiviti ini bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan, tetapi turut memberi peluang kepada anak-anak untuk memperkukuhkan jati diri mereka sebagai generasi soleh dan solehah.
Sesi taklimat pertama - Berwuduk |
Menariknya, anak-anak yang menyertai program ini turut dibekalkan dengan nota panduan sepanjang aktiviti berlangsung. Nota ini merangkumi perkara penting seperti modul wudu, tayamum, dan panduan solat. Ia bertujuan untuk memudahkan mereka merujuk kembali ilmu yang telah dipelajari walaupun selepas program tamat.
Anak-anak perempuan yang menyertai program ini |
Tentatif Program KASEH
Berikut adalah pengisian sepanjang program:
- 8:00 pagi: Pendaftaran peserta
- 8:30 pagi: Ice-breaking
- 9:00 pagi: Slot 1 - Modul Suci Diri 1 (Wudu, Tayamum)
- 10:30 pagi: Slot 2 - Modul Smart Solat (Rukun dan Praktikal)
- 12:30 tgh: Solat Zuhor berjemaah dan makan tengah hari
- 2:00 petang: Slot 3 - Tasmik dan Surah Pilihan
- 3:00 petang: Slot 4 - Motivasi Jati Diri
- 4:45 petang: Solat Asar berjemaah bersama ibu bapa
- 5:30 petang: Parenting dan Majlis Penutupan
Setiap aktiviti telah diatur dengan rapi untuk memastikan anak-anak mendapat pengalaman terbaik dalam mempelajari ilmu agama.
Praktikel solat dhuha |
Ucapan Penghargaan
Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak yang menyertai program ini serta ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada pihak penganjur untuk membimbing anak-anak mereka. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid An Nur serta konsultan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Nota panduan yang diberikan sepanjang program juga diharapkan dapat menjadi rujukan yang berguna buat anak-anak dan ibu bapa dalam menjalani kehidupan harian mereka.
Kami berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang demi melahirkan generasi yang berilmu, beriman, dan berakhlak mulia.
Semoga usaha kita bersama diberkati dan diredai oleh Allah SWT.
Sekian,
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment