Assalamualaikum W.B.T
Di sini kami kongsikan carta kewangan masjid merangkumi duit masuk dan duit keluar bagi tahun 2020, 2021 dan 2023. Setiap tahun, jumlah bajet yang kami perlukan bagi memastikan urusan pentadbiran masjid mencecah sehingga 100K.
Untuk makulman, urusan pentadbiran masjid termasuklah:
1. Pembayaran elaun pegawai masjid
2. Pembangunan masjid
3. Program-program besar yang dianjurkan oleh masjid
4. Bayaran elaun penceramah untuk tazkirah mingguan
5. Bayaran bil elektrik dan air
6. Penyelenggaraan
7. Dan sebagainya
Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.
Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:
Nama Bank : CIMB Bank
Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID
Nombor Akaun : 8603288674
Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment