Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang
Mesyuarat Agung Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Tahun 2023

Mesyuarat Agung Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Tahun 2023

 Assalamualaikum W.B.T

Pada 5 Februari 2023, alhamdulillah kami telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung bagi tahun 2023. Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti dan juga laporan kewangan sepanjang tahun 2020 hingga 2022. Seramai lebih kurang 40 orang jamaah dan penduduk Taman Dato' Rashid telah hadir dalam mesyuarat ini.

Selain pembentangan laporan, pembubaran AJK lama dan juga pelantikan AJK masjid yang baru juga diadakan.

Bermula seawal jam 8.00 pagi lagi, AJK masjid telah hadir bagi membuat persiapan terakhir sebelum mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi. 

Aturcara Mesyuarat Agung ini adalah seperti berikut:-

9.00 pagi - Ketibaan para jamaah dan penduduk

9.30 pagi - Ucapan aluan pengerusi masjid

9.45 pagi – Ucapan wakil Tok Pat bagi merasmikan Mesyuarat Agung Masjid An-nur

10.00 pagi - Pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan

11.00 pagi - Pengesahan laporan

11.15 pagi - Pembubaran AJK dan perlantikan AJK baru bagi sesi 2023-2026

11.45 pagi - Isi-isu berbangkit

12.00 t/hari - Makan dan bersurai

Barisan AJK lantikan yang baru

Tuan Pengerusi membentangkan laporan aktiviti masjid

Para jamaah khusyuk mengambil bahagian di dalam mesyuarat


Laporan aktiviti sepanjang tahun 2022
















Laporan kewangan Masjid An-nur Tahun 2020-2023




















Akhir kata dari kami, tahniah buat AJK yang baru dilantik. Semoga kita dapat bersama-sama mengorak langkah dalam mengimarahkan program-program dimasjid. Insyallah.

Sekian.

Pengenalan Tentang Tapak Tanah Bernombor [GRN 24720] (3741) Bagi Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Yang Baru

Pengenalan Tentang Tapak Tanah Bernombor [GRN 24720] (3741) Bagi Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Yang Baru

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi pada pembaca semua tentang tanah yang telah diwakafkan untuk pembinaan masjid baru. Alhamdulillah, setelah melalui beberapa proses permohonan, masyuarat bersama pihak berwajib dan lawatan tapak, tanah yang bernombor [GRN 24720] (3741) telah dipersetujui untuk dijadikan tanah wakaf pembinaan masjid An-Nur yang baru.

Pelan Tapak Tanah [GRN 24720] (33741)

Tanah ini merupakan padang yang hakmiliknya dimiliki oleh Syarikat Dato' Abdul Rashid Salleh SDN BHD. Namun begitu, pihak syarikat telah berbaik hati dan menyokong penuh aspirasi penduduk taman yang hendak membina masjid baru dengan menyetujui pewakafan tanah hak milik syarikat kepada Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh.

Tapak Padang Taman Dato' Abdul Rashid

Melihat dengan lebih dekat lagi, tapak tanah padang ini adalah berdekatan dengan lorong 4, lorong 5, lorong 3 dan Jalan Utama serta bangunan KAFA yang masih beroperasi di atas tanah tersebut. Bagi memastikan pembinaan masjid baru ini mendapat persetujuan penduduk sekitar kawasan tapak pembinaan, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan satu arahan pada pihak masjid untuk mendapatkan persetujuan penduduk kawasan sekitar secara rasmi.

Lokasi padang berdekatan dengan lorong 3

Terdapatnya gerai-gerai jualan dipadang

Lorong 5 juga terletak berdekatan dengan padang

Bangunan KAFA yang masih lagi beroperasi terbina di atas tapak padang

Overall view Padang Taman Dato' Abdul Rashid Salleh

Oleh kerana lorong 3 dan juga jalan utama tiada rumah, pihak masjid hanya mengambil persetujuan secara bertulis bagi penduduk dilorong 4 dan 5 sahaja.

Baca juga : Khas - Kronologi Projek Pembangunan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan Pahang

Alhamdulillah, penduduk di lorong 4 dan 5 Taman Dato' Abdul Rashid Salleh sangat menyokong dan mendokong usaha-usaha untuk mendirikan masjid baru dengan menandatangani borang penyetujuan tersebut.

Senarai penduduk dari lorong 5 yang menyetujui pembinaan masjid di atas tanah padang

Kami dari pihak pengurusan masjid begitu terharu dengan kerjasama yang telah diberikan semua. Semoga usaha ini dapat dipermudahkan oleh Allah. Insyallah. 

En. Bakar antara AJK yang telah berusaha mengambil tanda tangan penduduk di lorong 4 dan 5

Tidak lupa, ribuan terima kasih buat AJK Masjid An-Nur  yang sudi berpanas dan berhujan pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk melaksanakan proses ini.

Sekian

Terima kasih

PROJEK WAKAF Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

PROJEK WAKAF Pembinaan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

 Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Sukacita kami Pihak Pengurusan Masjid An-Nur TDRAS dengan rendah hati dan semangat ukhwah Islamiah sesama Muslim MEMBUKA PELUANG buat anda semua untuk menyalurkan SUMBANGAN / WAKAF bagi pembinaan masjid baru di taman ini.

Baca juga : Khas - Kronologi Projek Pembangunan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan Pahang

Sekian,

Terima Kasih

Permohonan Untuk Mewartakan Tanah Milik Kerajaan Negeri Pahang Sebagai Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Permohonan Untuk Mewartakan Tanah Milik Kerajaan Negeri Pahang Sebagai Tapak Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Pada 17 Disember 2020, pihak pengurusan Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh telah memulakan usaha yang agresif  bagi mengusahakan pembinaan Masjid yang baru. Pada mulanya pihak Pentadbiran Masjid AnNur telah Menghantar surat permohonan kepada pihak Pemangku Sultan Pahang, Setiausaha MUIP, Pejabat Menteri Besar, dan Pejabat Exco Hal Ehwal Agama Islam.



Tidak berhenti dengan hanya menghantar surat, Pihak Pengurusan Masjid An-Nur bersama-sama Pengerusi KRT telah membuat pertemuan dengan Exco Agama yang juga merupakan Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Ustaz Dato Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad.

Alhamdulillah beliau seorang Pemimpin yang amat bertanggungjawab, prihatin dan mendengar dengan tekun ketika pihak pengurusan Masjid An-Nur menerangkan berkenaan permohonan tapak bagi pembinaan masjid baru. Memandangkan masjid sekarang sebenarnya adalah sebuah surau kebenaran jumaat yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk sejak 17 tahun yang lalu dan telah uzur serta tak lagi mampu menampung kehadiran jemaah yang telah bertambah dengan drastik disebabkan dikelilingi perumahan yang baru.


Pada 23 Disember 2020, sekali lagi pihak masjid mendapat khabar yang gembira dimana, YB Ustaz Dato Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad telah bersetuju untuk membuat lawatan ke Taman Dato' Abdul Rashid Salleh untuk melihat sendiri tapak masjid yang telah dimohon oleh pihak Pentadbiran Masjid An-Nur.

Komitmen beliau amatlah luar biasa kerana beliau telah membuat lawatan tersebut dengan membawa bersama pengarah dan pegawai-pegawai jabatan yang berkaitan bagi tujuan memudahkan proses mendapatkan tapak pembinaan masjid yang baru.


Alhamdulillah. Sewaktu lawatan tapak berkenaan pihak berkuasa yang berkaitan atas permintaan YB Exco agama telah berjanji akan memastikan urusan permohonan tapak masjid berkenaan akan diselesai dalam jangka waktu yang singkat.

Akhirnya pihak pentadbiran Masjid An-Nur telah dimaklum berita yang amat menggembirakan bagi seluruh umat islam di Taman Dato' Abdul Rashid Salleh bahawa tapak masjid yang dimohon telah mendapat perkenan yang Mulia Pemangku Sultan Pahang dan telah diluluskan.

Bermulalah suatu usaha yang seterusnya iaitu mengumpul dana dan memulakan pembinaan yang dijangka mengambil masa selama 14 hingga 18bulan bagi Menyiapkan Masjid tersebut yang dapat menampung sehingga 1000 jemaah.

Sekian

Terima Kasih
Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©