June 2024 - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: June 2024

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Mei 2024

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Mei 2024

SEKILAS AN-NUR

e-majalah masjid yang menghimpunkan berita, info dan juga cerita semasa dari Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan inzinya, kami dapat menerbitkan sebuat e-majalah yang diberi nama SEKILAS AN-NUR. Majalah ini diterbitkan bertujuan sebagai tempat untuk kami merekod segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan. Insyallah e-majalah ini akan diterbitkan setiap bulan ataupun dua bulan sekali. Bergantung kepada bahan-bahan yang kami ada.

Terima kasih kepada semua AJK yang bersama-sama berusaha megumpul maklumat setiap program yang dijalan kan di masjid. Insyallah segala usaha yang anda beri akan dapat manfaat bersama. 

Bagi anda yang ingin membaca e-majalah ini versi penuh, anda boleh klik link dibawah:

Klik disini - SEKILAS AN-NUR | e-majalah Masjid edisi Mei 2024

Semoga terbitan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Insyallah. 

-Sekian-

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk kanak-kanak 26 May 2024

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk kanak-kanak 26 May 2024

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk kanak-kanak 26 May 2024

Rumusan kelas 26 May 2024, Ahad

  1. Solat Dhuha berjamaah.
  2. ⁠Bacaan doa dhuha.
  3. ⁠Amali berwudhuk

Terima kasih anak-anak yang hadir pada hari ini.

-Sekian-

Program Kesihatan Komuniti bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kuantan

Program Kesihatan Komuniti bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kuantan

26 May 2024

Program Kesihatan Komuniti bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kuantan

Pihak Universiti Islam Aantarabangsa dan komuniti Taman Dato Rashid Salleh telah mengadakan program kesihatan komuniti pada 26 May 2024 iaitu pada hari ahad. Program yang dijalankan ini memfokuskan tentang kepentingan dan kesedaran terhadap isu kesuburan untuk kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Antara program yang telah dijalankan termasuklah acara senam robik bersama penduduk TDR, pemeriksaan kesihatan secara percuma, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta taklimat kesihatan oleh Doktor Redzuan Nul Hakim bin Abdul Razak yang berbicara tentang isu kesuburan untuk kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Alhamdulillah program kerjasama ini berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah, doktor, pelajar-pelajar serta tak lupa AJK Masjid dan juga KRT TDr yang sama-sama berganding bahu bagi menjayakan program ini.





Harapan kami, program ini memberi impak yang positif kepada semua yang hadir. Insyallah. Kepada pelajar-pelajar, kami doakan agar anda bejaya dalam pelajaran seterusnya kehidupan dimasa akan datang. Amin.

-Sekian-

Mesyuarat penyelarasan program qurban bagi tahun 2024

Mesyuarat penyelarasan program qurban bagi tahun 2024

19 May 2024,

Mesyuarat penyelarasan program qurban bagi tahun 2024.

Alhamdulillah mesyuarat penyelarasan program qurban Masjid An-nur telah berjalan dengan lancar. Seperti tahun-tahun sebelum ini, program qurban adalah program kerjasama antara AJK Masjid, KRT dan juga Muslimat Taman Dato' Abdul Rashid.

Insyallah segala perancangan yang telah dirancang akan berjalan dengan baik dan teratur. Terima kasih kepada semua AJK yang sudi hadir ke mesyuarat ini dan memberi buah fikiran untuk memastikan program qurban kali ini berjalan dengan lancar.




Pakej Ibadah Korban Lembu Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Kuantan

Untuk makluman semua, Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh akan mengadakan program ibadah korban bersempena dengan Aidil Addha yang bakal menjelang.

Bayaran RM750.00 untuk setiap bahagian korban. 

Bagi yang beminat, klik link dibawah utk menghubungi wakil-wakil dari masjid kami bagi urusan selanjutnya.

http://www.wasap.my/60197369525/Nak_Tempah_Bahagian_Korban

Terima Kasih 

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk kanak-kanak 19 May 2024

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk kanak-kanak 19 May 2024

19 May 2024,

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk kanak-kanak.

Rumusan kelas hari ni 19 May 2024, Ahad

  1. Kepentingan meluruskan saf ketika solat jamaah.
  2. ⁠Cara-cara meluruskan saf dengan sempurna:-
    • Luruskan & selarikan tumit dengan rakan sebelah.
    • ⁠Rapatkan bahu dengan rakan sebelah.
  3. Solat Dhuha secara berjamaah.
  4. Belajar teori tentang wudhu:-
    • Rukun berwudhuk.
    • ⁠Sunat berwudhuk.




Insyallah boleh lah kita sama2 bercerita bersama anak2 tentang apa yang dipelajari hari ini sebagai ulang kaji. 

-Sekian-
Pakej Ibadah Korban Lembu Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Kuantan

Pakej Ibadah Korban Lembu Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Kuantan

Assalamualaikum W.B.T

Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh akan mengadakan program ibadah korban bersempena dengan Aidil Addha yang bakal menjelang.

Bayaran RM750.00 untuk setiap bahagian korban. 

Bagi yang beminat, klik link dibawah utk menghubungi wakil-wakil dari masjid kami bagi urusan selanjutnya.

http://www.wasap.my/60197369525/Nak_Tempah_Bahagian_Korban

Terima Kasih 

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©