May 2024 - Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang: May 2024

Penuhkan Saham Akhirat Anda dengan Infaq ke Tabung Pengurusan Masjid An-nur TDR, Kuantan

Penuhkan Saham Akhirat Anda dengan Infaq ke Tabung Pengurusan Masjid An-nur TDR, Kuantan

Assalamualaikum W.B.T

Masjid An-nur mengalu-alukan para dermawan untuk menyumbang TABUNG PENGURUSAN masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan.


Untuk makluman, urusan pentadbiran masjid termasuklah:

1. Pembayaran elaun pegawai masjid

2. Pembangunan masjid

3. Program-program yang dianjurkan oleh masjid

4. Bayaran penceramah untuk tazkirah mingguan

5. Bayaran bil elektrik dan air

6. Penyelenggaraan

7. Dan sebagainya

Baca juga - JOM INFAQ UNTUK PENCEN AKHIRAT - Pembangunan masjid baru Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Oleh yang demikian, Pihak masjid membuka peluang kepada para dermawan diluar sana untuk menyumbang di dalam SUMBANGAN TABUNG PENGURUSAN Masjid An-nur Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan Pahang.

Sumbangan boleh disalurkan secara atas talian melalui bank pengurusan masjid seperti maklumat dibawah:

Nama Bank : CIMB Bank

Nama Akaun : SURAU AN NUR TAMAN DATO’ ABDUL RASHID

Nombor Akaun : 8603288674

Kemurahan hati tuan-tuan dan puan-puan kami sangat hargai. Allah sahaja yang mampu membalasnya. 

Terima Kasih.

-Sekian-

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi April 2024

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi April 2024

SEKILAS AN-NUR

e-majalah masjid yang menghimpunkan berita, info dan juga cerita semasa dari Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh.


Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan inzinya, kami dapat menerbitkan sebuat e-majalah yang diberi nama SEKILAS AN-NUR. Majalah ini diterbitkan bertujuan sebagai tempat untuk kami merekod segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan. Insyallah e-majalah ini akan diterbitkan setiap bulan ataupun dua bulan sekali. Bergantung kepada bahan-bahan yang kami ada.

Terima kasih kepada semua AJK yang bersama-sama berusaha megumpul maklumat setiap program yang dijalan kan di masjid. Insyallah segala usaha yang anda beri akan dapat manfaat bersama. 

Bagi anda yang ingin membaca e-majalah ini versi penuh, anda boleh klik link dibawah:

Klik disini - SEKILAS AN-NUR | e-majalah Masjid edisi April 2024

Semoga terbitan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Insyallah. 

-Sekian-


Cara Solat Jamak Yang  Sebenar

Cara Solat Jamak Yang Sebenar

Solat jamak merupakan satu kemudahan yang diberikan oleh Islam kepada umatnya yang dalam situasi tertentu tidak mampu melaksanakan solat pada waktunya. Kondisi yang membolehkan seseorang menjamak solat antara lain adalah dalam perjalanan (musafir), sakit, atau kondisi darurat lainnya. 

Solat jamak merupakan penggabungan dua waktu solat, yaitu solat Zuhur dengan Asar, atau solat Maghrib dengan Isya’, dalam salah satu waktu solat—baik waktu solat yang pertama (Jamak Taqdim) atau waktu solat yang kedua (Jamak Takhir). 

Hukum menjalankan solat jamak adalah diperbolehkan (jaiz) bagi mereka yang berhalangan untuk melaksanakan solat pada waktunya karena alasan-alasan tertentu yang diizinkan.

Cara Solat Jamak Taqdim dan Takhir

Cara melaksanakan solat jamak ada dua, yaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir.

Jamak Taqdim:

Niat: Ketika waktu solat pertama tiba (misalnya Zuhur), niat untuk menjalankan solat Zuhur dan Asar secara jamak taqdim.

  1. Lakukan solat Zuhur seperti biasa (4 rakaat untuk yang mukim).
  2. Selesaikan solat Zuhur, tanpa melakukan salam akhir, segera berdiri untuk melakukan niat solat Asar.
  3. Lakukan solat Asar seperti biasa (4 rakaat untuk yang mukim).

Jamak Takhir:

Niat: Ketika waktu solat kedua tiba (misalnya Asar), niat untuk menjalankan solat Zuhur dan Asar secara jamak takhir.

  1. Lakukan solat Zuhur seperti biasa (4 rakaat untuk yang mukim).
  2. Selesaikan solat Zuhur, tanpa melakukan salam akhir, segera berdiri untuk melakukan niat solat Asar.
  3. Lakukan solat Asar seperti biasa (4 rakaat untuk yang mukim).

Niat Solat Jamak Taqdim:

Untuk Solat Zohor dan Asar:

Niat menghimpunkan solat Zohor dengan Asar pada waktu Zohor:

 “Nawaitu an ushallee lillahi ta’ala solatan Zohori ma’a asri jam’an taqdiman adaa’an mustaqillan lillahi ta’ala.”

Untuk Solat Maghrib dan Isya’:

Niat menghimpunkan solat Maghrib dengan Isya’ pada waktu Maghrib:

“Nawaitu an ushallee lillahi ta’ala solatan Maghribi ma’a isya’i jam’an taqdiman adaa’an mustaqillan lillahi ta’ala.”

Niat Solat Jamak Takhir:

Untuk Solat Zohor dan Asar:

Niat menghimpunkan solat Asar dengan Zohor pada waktu Asar:

“Nawaitu an ushallee lillahi ta’ala solatan Asri ma’a zohori jam’an takhiran adaa’an mustaqillan lillahi ta’ala.”

Untuk Solat Maghrib dan Isya’:

Niat menghimpunkan solat Isya’ dengan Maghrib pada waktu Isya’:

“Nawaitu an ushallee lillahi ta’ala solatan Isya’i ma’a maghribi jam’an takhiran adaa’an mustaqillan lillahi ta’ala.”

Syarat Solat Jamak

  1. Musafir (Safar): Melakukan perjalanan yang jaraknya mencapai atau lebih dari 2 marhalah (sekitar 89 kilometer dari tempat tinggal) dan bukan perjalanan yang bermaksud maksiat.
  2. Niat: Harus berniat untuk melaksanakan solat jamak pada saat takbiratul ihram solat yang pertama. Niat adalah komponen krusial dalam setiap ibadah, termasuk solat jamak.
  3. Waktu: Menghimpunkan dua solat (Zuhur dan Asar atau Maghrib dan Isya) baik pada waktu solat yang pertama (Jamak Taqdim) atau solat yang kedua (Jamak Takhir).
  4. Urutan Solat: Menjaga urutan pelaksanaan solat; yaitu, Zuhur dilaksanakan sebelum Asar dan Maghrib dilaksanakan sebelum Isya. Tidak diperbolehkan mengubah atau membalikkan urutannya.
  5. Berlaku untuk Solat Fardhu Saja: Solat jamak hanya diperbolehkan untuk solat fardhu. Solat sunnah tidak termasuk dalam ketentuan jamak.
  6. Situasi Darurat Lain: Selain musafir, beberapa ulama juga memperbolehkan solat jamak dalam situasi darurat lain, seperti sakit yang membuat sulit untuk solat pada waktunya, atau kondisi cuaca ekstrem yang sangat berisiko untuk keluar melakukan solat di masjid.
  7. Tidak dalam Keadaan Maksiat: Bepergian atau kondisi lain yang membuat seseorang menjamak solat tidak boleh dalam rangka melakukan perbuatan maksiat. 

Keutamaan dan Hikmah Solat Jamak

Islam adalah agama yang penuh dengan kemudahan dan tidak menjadikan umatnya kesulitan. Kemudahan solat jamak ini mengajarkan kepada kita tentang fleksibilitas yang ada dalam ibadah, sekaligus membantu umat Islam untuk tetap menjaga kewajiban solatnya meskipun dalam keadaan darurat atau kesulitan.

Kesimpulan

Solat jamak adalah salah satu kemudahan yang diberikan oleh Islam untuk memastikan umatnya tetap dapat menjalankan solat wajib dalam keadaan apa pun. Dengan memahami syarat, cara, dan hikmah dari solat jamak, diharapkan kita dapat lebih menghargai kemudahan yang telah diberikan oleh Allah SWT dan menjalankan ibadah ini dengan penuh kesadaran dan keikhlasan.

Perlu juga diingat, solat jamak bukan merupakan ‘jalan keluar’ untuk malas menjalankan solat pada waktunya ketika kita berada dalam kondisi normal. Kemudahan ini diberikan untuk situasi tertentu dan harus digunakan dengan bijak dan sesuai dengan tuntunan syariat.

Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah solat dengan sebaik-baiknya, dalam keadaan apapun yang kita hadapi.

-Sekian-


HUKUM MELAKUKAN AKIKAH MENGGUNAKAN WANG KEPUNYAAN BAYI

HUKUM MELAKUKAN AKIKAH MENGGUNAKAN WANG KEPUNYAAN BAYI

SOALAN

Assalamualaikum Dato’ Mufti , saya ada persoalan yang ingin diajukan berkenaan Akikah. Apakah boleh seorang bapa melaksanakan akikah dengan menggunakan wang kepunyaan bayinya itu?


Sekian, terima kasih Dato’.

RINGKASAN JAWAPAN

Pihak yang dituntut untuk melaksanakan akikah adalah ayah ataupun orang yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak (bayi) yang dilahirkan. Oleh itu, akikah tidak boleh dilaksanakan dengan menggunakan harta anak tersebut. Malah ia perlu dilaksanakan dengan menggunakan harta penjaganya. Bahkan, sekiranya anak itu dalam kalangan kaya dengan mewarisi harta yang banyak, akikah tetap tidak boleh dilaksanakan daripada hartanya.

HURAIAN JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut di samping memberikan nama yang baik dan mencukur rambut bayi tersebut. Ini berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:

ุงู„ْุบُู„ุงَู…ُ ู…ُุฑْุชَู‡َู†ٌ ุจِุนَู‚ِูŠู‚َุชِู‡ِ ูŠُุฐْุจَุญُ ุนَู†ْู‡ُ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ุณَّุงุจِุนِ ูˆَูŠُุณَู…َّู‰ ูˆَูŠُุญْู„َู‚ُ ุฑَุฃْุณُู‡ُ

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Binatang akikah disembelih pada hari ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat al-Tarmizi (1522)

Hukum akikah adalah sunat muakkad (dituntut)[1]. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

ู…َุนَ ุงู„ْุบُู„ุงَู…ِ ุนَู‚ِูŠู‚َุฉٌ، ูَุฃَู‡ْุฑِูŠู‚ُูˆุง ุนَู†ْู‡ُ ุฏَู…ًุง، ูˆَุฃَู…ِูŠุทُูˆุง ุนَู†ْู‡ُ ุงู„ุฃَุฐَู‰

Maksudnya: “Akikah itu bersama-sama dengan bayi yang dilahirkan. Oleh itu, tumpahkanlah darah(sembelih binatang) bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (5471)

Akikah dituntut ke atas penjaga bayi kerana dia bertanggungjawab terhadap nafkah bayi itu. Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami berkata:


ูˆุงู„ู…ุฎุงุทุจ ุจู‡ุง: ู…َู† ุนู„ูŠู‡ ู†ูู‚ุฉ ุงู„ูˆู„ุฏ، ูู„ูŠุณ ู„ู„ูˆู„ูŠ ูุนู„ู‡ุง ู…ู† ู…ุงู„ ูˆู„ุฏู‡؛ ู„ุฃู†ู‡ุง ุชุจุฑุน

 

Maksudnya: “Perintah tuntutan akikah ditujukan kepada orang yang bertanggungjawab dengan nafkah anak. Maka penjaganya tidak berhak melaksanakan akikah tersebut menggunakan harta anaknya kerana akikah merupakan sedekah”.

(Rujuk: Al-Minhaj al-Qowim, 310)

Oleh itu, Akikah hendaklah dilaksanakan dengan tidak menggunakan harta anaknya bahkan menggunakan hartanya sendiri. Imam Khatib al-Syarbini menyatakan:

 

ุฃู…ุง ู…ู† ู…ุงู„ ุงู„ู…ูˆู„ูˆุฏ ูู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ู„ู„ูˆู„ูŠ ุฃู† ูŠุนู‚ ุนู†ู‡ ู…ู† ุฐู„ูƒ؛ ู„ุฃู† ุงู„ุนู‚ูŠู‚ุฉ ุชุจุฑุน ูˆู‡ูˆ ู…ู…ู†ูˆุน ู…ู†ู‡ ู…ู† ู…ุงู„ ุงู„ู…ูˆู„ูˆุฏ، ูุฅู† ูุนู„ ุถู…ู†

 

Bermaksud: “(Manakala) daripada harta anak maka penjaga tidak boleh melakukan akikah menggunakan hartanya kerana akikah adalah tabarru’ dan ia ditegah dilaksanakan daripada harta anak. Sekiranya dia menggunakannya maka dia perlu membayar ganti rugi”.

(Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 6/139)


Penjaga kepada anak yang diharuskan untuk melaksanakan akikah adalah ayah, datuk, ibu dan nenek kepada bayi tersebut. Menurut Imam al-Mawardi:

 

ูˆَุงู„َّุฐِูŠ ูŠَุชَุญَู…َّู„ُู‡َุง ูˆَูŠَุฎْุชَุตُّ ุจِุฐَุจْุญِู‡َุง ู‡ُูˆَ ุงู„ْู…ُู„ْุชَุฒِู…ُ ู„ِู†َูَู‚َุฉِ ุงู„ْู…َูˆْู„ُูˆุฏِ ู…ِู†ْ ุฃَุจٍ ุฃَูˆْ ุฌَุฏٍّ ุฃَูˆْ ุฃُู…ٍّ ุฃَูˆْ ุฌَุฏَّุฉٍ؛ ู„ِุฃَู†َّู‡َุง ู…ِู†ْ ุฌُู…ْู„َุฉِ ู…َุคُูˆู†َุฉ

 

Bermaksud: Pihak yang menanggungnya dan dikhaskan untuk menyembelihnya (haiwan untuk akikah) adalah orang yang bertanggung jawab untuk memberi nafkah kepada anak itu yang terdiri daripada bapa atau atuk atau ibu atau nenek kerana akikah merupakan salah satu kos tanggungan (bekalan makanan).

(Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 15/296)

Meskipun begitu, sekiranya anak (bayi) itu dalam kalangan orang yang kaya dan berkemampuan, akikah tetap tidak boleh dilaksanakan daripada hartanya. Hal ini dinyatakan oleh Imam al-Mawardi:


ูˆุฅู† ูƒุงู†ุช ู†ูู‚ุชู‡ ู…ู† ู…ุงู„ู‡ ูƒุฃู† ูŠูƒูˆู† ุบู†ูŠًّุง ุจู…ูŠุฑุงุซٍ ูˆุนุทูŠุฉٍ، ู„ู… ูŠุฌุฒ ุฃู† ูŠุฎุฑุฌ ู…ู† ู…ุงู„ู‡ِ؛ ู„ุฃู†َّู‡ุง ู„ูŠุณุช ุจูˆุงุฌุจุฉ، ูƒู…ุง ู„ุง ูŠุฎุฑุฌ ู…ู†ู‡ ุงู„ุฃุถุญูŠุฉ

 

Bermaksud: Meskipun nafkah (bayi itu) bersumberkan dari hartanya seperti dia seorang yang kaya disebabkan harta pusaka dan pemberian, maka hartanya tidak boleh(haram) dikeluarkan (untuk perlaksanaan akikah) kerana ia tidak wajib (dilaksanakan) seperti mana tidak boleh(haram) menggunakan hartanya untuk dilaksanakan korban.

(Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 15/296)

 

KESIMPULAN

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, maka dapat disimpulkan bahawa pihak yang dituntut untuk melaksanakan akikah adalah ayah ataupun orang yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak (bayi) yang dilahirkan. Oleh itu, akikah tidak boleh dilaksanakan dengan menggunakan harta anak tersebut. Malah ia perlu dilaksanakan dengan menggunakan harta penjaganya. Bahkan, sekiranya anak itu dalam kalangan kaya dengan mewarisi harta yang banyak, akikah tetap tidak boleh dilaksanakan daripada hartanya.

Wallahu a'lam

Rujukan: 

[1] (ุงู„ุนู‚ูŠู‚ุฉ: ุณู†ุฉ) ู…ุคูƒุฏุฉ

Perkongsian langsung dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah - Klik Disini

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Mac 2024

SEKILAS AN-NUR | Terbitan e-Majalah Masjid edisi Mac 2024

SEKILAS AN-NUR

e-majalah masjid yang menghimpunkan berita, info dan juga cerita semasa dari Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan inzinya, kami dapat menerbitkan sebuat e-majalah yang diberi nama SEKILAS AN-NUR. Majalah ini diterbitkan bertujuan sebagai tempat untuk kami merekod segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan. Insyallah e-majalah ini akan diterbitkan setiap bulan ataupun dua bulan sekali. Bergantung kepada bahan-bahan yang kami ada.

Terima kasih kepada semua AJK yang bersama-sama berusaha megumpul maklumat setiap program yang dijalan kan di masjid. Insyallah segala usaha yang anda beri akan dapat manfaat bersama. 

Bagi anda yang ingin membaca e-majalah ini versi penuh, anda boleh klik link dibawah:

Klik disini - SEKILAS AN-NUR | e-majalah Masjid edisi Mac 2024

Semoga terbitan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Insyallah. 

-Sekian-

Pakej Ibadah Korban Lembu Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Kuantan

Pakej Ibadah Korban Lembu Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Kuantan

Assalamualaikum W.B.T

Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh akan mengadakan program ibadah korban bersempena dengan Aidil Addha yang bakal menjelang.

Bayaran RM750.00 untuk setiap bahagian korban. 

Bagi yang beminat, klik link dibawah utk menghubungi wakil-wakil dari masjid kami bagi urusan selanjutnya.

http://www.wasap.my/60197369525/Nak_Tempah_Bahagian_Korban

Terima Kasih 

Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat Masjid An-nut Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan

Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat Masjid An-nut Taman Dato' Abdul Rashid, Kuantan

Assalamualaikum W.B.T

Sahabat Muslimat Taman Dato' Abdul Rashid Salleh akan menganjurkan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH seperti ketetapan berikut:-

Tarikh - 2 June 2024 (Ahad)

Masa - 8.00 pagi - 11 T/hari

Tempat - Masjid An-nur Taman Dato' Rashid

Yuran - RM10.00

Kursus ini terbuka untuk muslimat sahaja.

Bagi yang berminat, sila klik link dibawah untuk pendaftaran / maklumat lanjut.

http://www.wasap.my/60136615326/Saya_Nak_Join_Kursus_Pengurusan_Jenazah

Tarikh akhir mendaftar ialah pada 8 Mei 2024

Sijil penyertaan akan disediakan

Terima Kasih

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk Kanak-kanak sesi pertama

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk Kanak-kanak sesi pertama

 5 May 2024,

Sesi pertama Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk kanak-kanak.

Alhamdulillah , sambutan yang begitu memberangsangkan dari penduduk sekitar taman. 




Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak mengikuti kelas ini, boleh klik link dibawah untuk mendaftar.

https://chat.whatsapp.com/HQBixxVgVlK8SNczmN0ySI

-Sekian-

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk Kanak-kanak

Kelas Amali Asas Fardhu Ain untuk Kanak-kanak

Kelas Amali Solat Kanak - Kanak

๐Ÿ“† Hari : Ahad setiap minggu

๐Ÿ—“️ Masa : 8 pagi - 9.30 pagi

๐Ÿ•Œ Tempat : Masjid An Nur TDRS

๐Ÿ‘• Pakaian : sopan menutup aurat

๐Ÿ”Š Tentetif kelas ๐Ÿ˜— 

 8.00pagi

- Solat sunat Dhuha

- Praktikal solat fardhu

 8.45pagi

- Rehat

 9.00pagi

- Bacaan surah-surah juzuk ammar

- Doa² pilihan

 9.30pagi

- Bersurai

๐Ÿ“ _Kelas amali solat ini adalah percuma dan jika tuan puan ingin memberi sumbangan seikhlas hati kepada guru mengajar pihak masjid ada menyediakan tabung_ 

๐Ÿ“Œ Pendaftaran : tekan link dibawah

https://chat.whatsapp.com/HQBixxVgVlK8SNczmN0ySI

-Sekian-

Kelas Mengaji Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Kelas Mengaji Muslimat Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Kelas mengaji muslimat. Setelah lama bercuti kerana menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal, aluamdulillah pada 30 April kelas mengaji muslimat telah kembali seperti sediakala.

Bagi anda yang ingin mengikuti kelas ini, boleh menghubungi wakil muslimat atau klik link dibawah

http://www.wasap.my/60136615326/Saya_Nak_Join_Kelas_Mengaji

-Sekian-

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS JAMUAN AIDIL FITRI PEJABAT AGAMA ISLAM BANDARAYA KUANTAN GABUNGAN MASJID DAN SURAU KEBENARAN JUMAAT 1445H / 2024M

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS JAMUAN AIDIL FITRI PEJABAT AGAMA ISLAM BANDARAYA KUANTAN GABUNGAN MASJID DAN SURAU KEBENARAN JUMAAT 1445H / 2024M

 23 April 2024

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS JAMUAN AIDIL FITRI PEJABAT AGAMA ISLAM BANDARAYA KUANTAN GABUNGAN MASJID DAN SURAU KEBENARAN JUMAAT

Masjid An-nur telah menghantar Ustaz Azlan, imam 1 untuk hadir ke mesyuarat ini. Masjid An-nur telah terpilih bersama-sama dengan masjid sekitar untuk menyediakan juadah rendang dan lemang.



Insyallah sama2 kita doakan program ini berjalan lancar.

Insyallah.

-Sekian-

Ziarah Kasih April 2024 - Masjid An-nur TDR

Ziarah Kasih April 2024 - Masjid An-nur TDR

21 Apr 2024

ZIARAH KASIH APRIL 2024:-

1. Pok Din (Mantan Pengerusi KRT)

2. En Bakar (AJK Masjid)

Kami doakan agar Pok Din dan Abg Bakar dipermudahkan urusan dan cepat sembuh. Insyallah.



-Sekian-


Kuliah Dhuha Khas Muslimat dan Sambutan Hari Raya 1445H / 2024M

Kuliah Dhuha Khas Muslimat dan Sambutan Hari Raya 1445H / 2024M

21 Apr 2024,

Kuliah Dhuha Khas Muslimat dan Sambutan Hari Raya.

Alhamdulillah program kuliah dhuha khas anjuran sahabat-sahabat muslimat diantara AJK Muslimat Masjid, JIRANITA dan juga PASTI Ar-rasyidin Taman Dato' Abdul Rashid telah berjaya terlaksana. Program ini adalah julung kali diadakan anjuran bersama2 sahabat-sahabat muslimat TDR.






Semoga ukhwah terljalin ini akan berkekalan sampai bila-bila dan kita dapat mengimarahkan lagi masjid taman ini bersama-sama. Insyallah.

-Sekian-

Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan Pahang ©