.png)
Ucapan Selamat Hari Raya dari AJK Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan
Assalamualaikum WBT
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari barisan AJK Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan kepada semua.
Di kesempatan ini juga, kami memohon jutaan kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan dari pihak kami.
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada :
AJK & Pegawai Masjid An-nur TDR
Syawal 1445H/2024M

Penyerahan Hadiah dan Saguhati Kepada Imam Trawikh
4 April 2024
Penyerahan hadiah dan saguhati kepada imam terawikh jemputan. Kami dari pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Afif dan Ustaz Azlan kerana sudi menjadi imam tarawikh 20 rakaat di masjid kami.
Allah sahaja yang dapat membalasnya.
![]() |
Ustaz Azlan (kanan) menerima hadiah saguhati menjadi imam tarawikh daripada En. Azman, Setiausaha Masjid An-nur TDR |
![]() |
Ustaz Afif (Kiri) menerima hadiah dan saguhati imam tarawikh yang disampaikan oleh Ustaz Azlan (Imam 1 Masjid An-nur TDR) -Sekian- |

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUSLIMAH TDARS 2024
MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUSLIMAH TDARS 2024
Hari: Khamis
Tarikh: 04 April 2024
Masa: 08.00 pagi
Tempat: Masjid An-Nur TDARS
Agenda:
8.00 pagi
- Kehadiran
8.30 pagi
- Bacaan doa diketuai oleh biro agama
- Ucapan pengerusi Puan Suhaila
- Bacaan Yassin diketuai oleh biro agama
- Majlis Khatam al-Quran diketuai oleh biro agama
- Selawat
- Pemberian cenderahati
- Sesi bergambar
- Bersurai

PROGRAM QIAMULLAIL - JOM KEJAR PAHALA 1000 BULAN
Assalamualaikum W.B.T
PROGRAM QIAMULLAIL - JOM KEJAR PAHALA 1000 BULAN
Bersempena 10 malam terakhir Ramadhan, Masjid An-nur TDR menjemput semua jamaah yang untuk berqiamullail bersama-sama seperti ketetapan berikut:-
Tarikh - Bermula 31 Mac 2024 / 20 Ramadhan 1445H (Ahad) sehingga akhir Ramadhan
Masa - 4.00 - 5.00 Pagi
Tempat - Masjid An-nur TDR
Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.
Terima Kasih.

Penyerahan Sumbangan Kepada Asnaf Sempena Bulan Ramadhan 1445H
22 Mac 2024,
Penyerahan Sumbangan Kepada Asnaf Sempena Bulan Ramadhan 1445H
Pada 22 Mac 2024, Masjid An-nur telah menyerahkan sumbangan berbentuk beras dan juga wang kepada asnaf sekitar Taman Dato' Abdul Rashid Salleh Kuantan.
Seramai 19 orang telah layang menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam meyambut ramadhan dan juga syawal yang bakal menjelma nanti. Insyallah.
-Sekian-

PROGRAM BERBUKA PUASA PERDANA MASJID AN-NUR TDR 2024
22 Mac 2024,
PROGRAM BERBUKA PUASA PERDANA MASJID AN-NUR TDR
Satu program berbuka puasa telah diadakan di Masjid An-nur TDR pada 22 Mac 2024. Program berbuka puasa perdana ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali menjelang Ramadhan. Program sebegini menyasarkan penyertaan jamaah-jamaah sekitar taman Dato' Rahisd Salleh Kuantan.
Program ini bermula dengan penyediaan juadah berbuka puasa secara bergotong-royong bersama AJK Masjid, KRT dan JIRANITA pada sebale;ah pagi.
Pada sebelah petang, majlis berbuka puasa perdana dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang telah dipimpin oleh Pok Nik.
Alhamdulillah, program berbuka puasa kali ni turus dihadiri bersama-sama AJK-AJK dari Masjid Taman Damansara Kuantan.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua AJK dan juga jamaah yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Insyallah pada tahun hadapan kita bertemu lagi.
-Sekian-